tidak perlu lagi matikan telefon pintar peranti elektronik sewaktu penerbangan di malaysia airlines

Malaysia Airlines Umum Penumpang Tidak Perlu Lagi Matikan Peranti Elektronik Walaupun Saat Berlepas dan Mendarat !

Tag:
Dikemas Kini: 28 Jun 2023
Surga Route

Pihak Malaysia Airlines Group (MAG) mengumumkan bermula 1 Julai 2023, penumpang syarikat penerbangan di bawah kumpulan itu iaitu Malaysia Airlines, Firefly dan MASWings tidak perlu lagi mematikan peranti elektronik peribadi/mudah alih milik mereka, walaupun pada saat berlepas dan mendarat yang merupakan tempoh 'kritikal'.

Sebaliknya, penumpang hanya perlu meletakkan peranti elektronik mereka dalam mod penerbangan dan boleh terus menggunakan peranti tersebut bagi bermain permainan video, mendengar muzik atau menonton video yang sudah dimuat turun.

image 23

Sebagai informasi, syarikat penerbangan itu mewajibkan penumpang mereka untuk mematikan peranti elektronik sewaktu kapal terbang berlepas dan juga dalam proses mendarat kerana keperluan peraturan dan pesawat.

Kini, penumpang boleh menikmati kemudahan untuk kekal berhubung dengan peranti elektronik peribadi/mudah alih (PED) mereka sepanjang perjalanan mereka, dari saat mereka menaiki pesawat hingga tiba di lapangan terbang destinasi mereka, dengan membuka ‘mod penerbangan’.

Perkembangan terbaru ini adalah disebabkan syarikat penerbangan tersebut telah diberi kelulusan kawal selia oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk membolehkan ketersambungan Pintu ke Pintu bagi penumpang dalam syarikat penerbangannya.

image 24

Malaysia Airlines juga akan menawarkan Wi-Fi percuma untuk semua penumpang Business Suite dan Business Class, serta ahli Enrich Platinum, tanpa mengira kelas perjalanan mereka yang akan dinikmati dari 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023. Tawaran itu akan terdapat pada sejumlah 20 pesawat yang dilengkapi dengan Wi-Fi. Tawaran itu datang dengan had data yang besar sebanyak 100 MB setiap sektor, dengan lebar jalur sehingga 512 kbps, memastikan mereka boleh terus berhubung dan produktif semasa penerbangan.

Semua penumpang masih boleh menikmati kemudahan berhubung melalui tawaran Wi-Fi bayar setiap guna (MHconnect) dan hiburan dalam penerbangan tanpa wayar (MHstudio) yang boleh digunakan tanpa gangguan pada peranti elektronik mereka sepanjang penerbangan.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram