Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions & 24 water slides. splashmania online cheap ticket tiket murah harga

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove !

Dikemas Kini: 2 Mac 2023
Surga Route

Sejak dibuka kepada umum pada 6 Februari lalu, taman air SplashMania mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung yang gemarkan aktiviti luar.

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions  & 24 water slides.
Kredit : Cyberjaya Info

Mana tidaknya, SplashMania yang dibina di atas kawasan seluas 18 ekar ini mempunyai 24 gelongsor air dengan 15 tarikan utama yang hebat.

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions  & 24 water slides.
Kredit : Cyberjaya Info

Tarikan SplashMania

Tarikan gelongsor di SplashMania adalah rekaan Polin Waterparks dan ProSlide Technology yang juga pembangun gelongsor ternama di dunia dengan teknologi luar biasa dengan rekod keselamatan inovatif serta boleh dipercayai.

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions  & 24 water slides.
Kredit : Roman Akramovich

Di taman air tersebut, pengunjung ditawarkan dengan pelbagai jenis permainan yang ada di antaranya tanpa perlu menggunakan pelampung atau bagi yang sukakan cabaran terdapat beberapa permainan gelongsor ekstrem serta mencabar.

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions  & 24 water slides.
Kredit : Roman Akramovich

Terdapat gelongsor yang boleh dimain secara berseorangan, berpasangan dan paling penting terdapat kawasan permainan khusus untuk kanak-kanak.

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions  & 24 water slides.
Kredit : Cyberjaya Info

Salah satu gelongsor air yang menarik adalah The Plunge, iaitu sebuah gelongsor biru lurus yang menjulur keluar dari Amazonia Ship.

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions  & 24 water slides.
Gelongsor The Plunge. Kredit : Oh!Media

Gelongsor The Shaka Waka juga tidak kurang menariknya. Ia adalah gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter dan dilengkapi kesan cahaya LED serta boleh disesuaikan oleh setiap pengunjung sebelum memulakan permainan.

Sekiranya gelongsor itu belum cukup mencabar, pengunjung boleh mencuba The Wild Rush yang cukup mencabar adrenalin.

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions  & 24 water slides.
The Wild Rush. Kredit : Oh!Media

Tak sempurna rasanya jika sesebuah taman air tiada pantai dan ombak! Seronoknya di SplashMania, 'pantai' yang terdapat di situ berlatarkan sebuah kapal lanun atau lebih dikenali sebagai Amazonia yang turut mengadakan beberapa persembahan untuk hiburan pengunjung.

Memang best! 24 gelongsor air & 15 Tarikan Utama Wajib Anda Cuba di SplashMania Gamuda Cove ! Menanti Anda SplashMania Open with 15 key attractions  & 24 water slides.
Kredit : Cyberjaya Info

Sambil bersantai di tepi pantai dan bermain gelongsor, dapat juga berhibur dengan persembahan menarik.

Kemudahan di SplashMania

Untuk menyimpan barang-barangan anda, pengunjung tidak perlu bimbang kerana di SplashMania ada menyediakan lokar pelbagai saiz yang menggunakan sistem yang cukup sistematik.

Menariknya pengunjung tidak perlu memegang kunci atau kata laluan kerana mereka hanya perlu memasukkan nombor telefon dan mengingati warna lokar sebagai 'kunci'.

Pengguna juga boleh membuka atau mengunci lokar tersebut pada bila-bila masa.

Bilik mandi yang disediakan pun memang terbaik kerana ia turut mempunyai pilihan air panas selain mempunyai surau disediakan bagi memudahkan mereka yang beragama Islam menunaikan solat.

Lokasi Gamuda Cove yang strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di koridor selatan Lembah Klang, serta berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 menjadikannya sangat mudah diakses oleh pelancong tempatan mahupun luar negara.

Aplikasi mudah alih GL Play turut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan taman untuk menawarkan kemudahan kepada pengunjung dan pelanggannya.

Menerusi aplikasi tersebut, pelanggan dapat membeli tiket mereka lebih awal melalui platform berkenaan.

Pengunjung juga boleh menavigasi kemudahan di taman berkenaan menggunakan ciri peta taman dan memesan makanan serta minuman tanpa perlu beratur.

Pembelian Tiket SplashMania

SplashMania sedang membuat promosi early bird iaitu harga bagi orang dewasa adalah RM79 manakala kanak-kanak dan warga emas cuma RM63 termasuk foto digital tanpa had.

Untuk membeli tiket SplashMania, Klik Disini

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram