menu rahmah marrybrown

Menu Rahmah Semakin Dikenali. Tiba Giliran Marrybrown Perkenal Menu Rahmah !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar di Malaysia, Marrybrown secara rasmi mengumumkan penglibatan mereka dalam program Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menu Rahmah Semakin Dikenali. Tiba Giliran Marrybrown Perkenal Menu Rahmah !

Menu Rahmah Marrybrown ditetapkan pada harga RM5.00 untuk setiap hidangan di mana ia menawarkan Menu Rahmah Burger Ayam atau Menu Rahmah Nasi Kari, dengan sebotol Air Minuman Dasani untuk setiap hidangan. Pelanggan berpeluang menikmatinya dengan harga yang berpatutan bermula hari ini, sementara stok masih ada. Menu Rahmah ini boleh didapati di dine-in atau takeaway, bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam pada setiap hari di cawangan Marrybrown di seluruh negara.

Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown mengulas bahawa sebagai jenama yang sentiasa berusaha untuk memberikan “sesuatu yang berbeza” kepada pelanggan, mereka percaya bahawa setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan jurang pendapatan berhak menikmati makanan yang sihat dan lazat.

“Sebagai jenama tempatan, kami sentiasa komited untuk mendekati masyarakat yang memerlukan. Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk turut bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan memperluaskan lagi inisiatif yang bermakna ini. Program Menu Rahmah membolehkan kami mendekati komuniti yang memerlukan sambil memastikan hidangan kami tersedia kepada lebih ramai orang. Marrybrown sentiasa bersedia untuk melayani pelanggan kami tanpa mengira latar belakang. Dengan pelancaran Program Menu Rahmah ini, kami berharap  ia dapat memberi peluang dan membantu mempromosikan dalam menyediakan hidangan yang ringkas namun menyelerakan tanpa perlu berbelanja besar,” kata Dato’ Joshua.

Untuk menyediakan akses kepada lebih ramai pelanggan, Marrybrown akan membuka tiga cawangan baharu di Tanah Merah, Kelantan; Bukit Tiram, Johor dan Malaysia Heritage Studios di Melaka.  

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan di lebih 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna. 

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram