taj mahal Merancang ke Taj Mahal ? Ini 8 Perkara Unik Berkenaannya ! Unique Mystery Behind Taj Mahal Agra Shah Jehan Mumtaz

Merancang ke Taj Mahal ? Ini 8 Perkara Unik Berkenaannya !

Dikemas Kini: 5 November 2023
Surga Route

Mungkin ramai yang sudah kenal dengan salah satu keajaiban dunia yang terletak di India ini, iaitu Taj Mahal. Pastinya ramai juga tahu mengenai kisah di sebalik pembinaannya yang menjadi saksi dan bukti cinta agung Kaisar Mugha Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal.

Tetapi, disebalik kisah pembinaan itu, sebenarnya ramai lagi yang tak tahu sisi lain disebalik monumen besar ini. Jom teruskan baca.

1 – Konflik Agama

Ramai orang percaya bahawa monumen ini pada asalnya merupakan kuil Tuhan Siwa. Dipercayai bilik-bilik yang dirahsiakan di dalam Taj mahal mempunyai patung-patung Dewa Shiva di dalamnya. Walaubagaimanapun, kerajaan India tidak mahu konflik agama berlaku jadi bilik-bilik rahsia itu ditutup. Ini kerana perkara ini mungkin menjadi punca konflik masyarakat antara masyarakat Hindu dan Muslim di sana .

2 – Kaligrafi

Jika anda pernah melawat Taj Mahal, pastinya anda akan perasan tulisan kaligrafi di atas dinding dalam dan luar bangunan terbabit. Sebenarnya tulisan kaligrafi itu merupakan 99 nama Allah.

Merancang ke Taj Mahal ? Ini 8 Perkara Unik Berkenaannya ! Unique Mystery Behind Taj Mahal Agra Shah Jehan Mumtaz

3 - Berubah Warna Mengikut Waktu

Tak ramai yang orang tahu, Taj Mahal mampu ‘berubah warna’ apabila disinari cahaya matahari.
Pada waktu pagi, warnanya nampak merah muda, manakala pada waktu malam menjadi putih susu.

Merancang ke Taj Mahal ? Ini 8 Perkara Unik Berkenaannya ! Unique Mystery Behind Taj Mahal Agra Shah Jehan Mumtaz
Kredit : Shine Gold Tours India

Menurut kepercayaan masyarakat sana, perubahan warna dianalogikan sebagai simbol perubahan mood seorang wanita. Sama ada betul atau tidak, keunikan ini menambahkan lagi kehebatan dan keindahan seni bina Taj Mahal.

4 – Menelan Belanja 32 juta India Rupee Sewaktu Zamannya

Pembinaan Taj Mahal mengambil masa 17 tahun untuk siap dan memerlukan seramai 22,000 orang pekerja. Ianya menelan belanja sebanyak sekitar 32 juta india rupee pada tahun 1963. Jumlah tersebut dianggarkan bersamaan 70 Billion Rupee pada hari ini !

Merancang ke Taj Mahal ? Ini 8 Perkara Unik Berkenaannya ! Unique Mystery Behind Taj Mahal Agra Shah Jehan Mumtaz

Lebih dari 1000 gajah dikerahkan untuk membawa marmar sewaktu pembinaan monumen ini. Ketika pencerobohan pihak Inggeris pada tahun 1857, beberapa barang berharga telah dipercayai hilang.

5 – Empat menara

Taj Mahal memiliki empat menara yang sedikit tirus ke atas. Dipercayai adalah untuk mencegah dari kerosakan ketika gempa bumi.

6 – Bilik & Lorong Rahsia

Terdapat bilik rahsia dan lorong-lorong di dalam Taj Mahal. Walaubagaimanapun ianya telah ditutup oleh kerajaan terdahulu dan masih lagi ditutup sehingga sekarang.

7 – Aliran air

Ada aliran air di dalam monumen namun tidak diketahui sumbernya. Malah terus menjadi misteri sehingga sekarang.

Merancang ke Taj Mahal ? Ini 8 Perkara Unik Berkenaannya ! Unique Mystery Behind Taj Mahal Agra Shah Jehan Mumtaz

8 – Bangunan Simetri

Jika anda perasan, Taj Mahal mempunyai struktur bangunan yang sangat simetri dari menara, dinding, kamar dan sehinggalah ke kebunnya. Semuanya mempunyai bentuk yang sempurna.

Merancang ke Taj Mahal ? Ini 8 Perkara Unik Berkenaannya ! Unique Mystery Behind Taj Mahal Agra Shah Jehan Mumtaz

Tetapi, hanya makam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal yang tidak simetri. Makam Shah Jahan sedikit ditinggikan dan lebih besar ketimbang isterinya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram