panduan umrah syarat umrah rukun umrah wajib umrah

Merancang Tunai Umrah ? Ketahui Dahulu Syarat, Rukun & Wajib Umrah

Dikemas Kini: 9 Mac 2023
Surga Route

Ibadah umrah yang digelar orang ramai sebagai 'Haji Kecil' merupakan satu kewajipan Fardhu 'Ain yang wajib dilakukan oleh Ummat Islam yang berkemampuan. Hari ini kami ingin berkongsi mengenai apa itu Umrah dan menerangkan dari sudut maksud, syarat rukun dan Wajib Umrah. Apakah maksud umrah serta hukum dan dalil yang menggariskan tentang kewajipan menunaikan umrah ini?

Apa Itu Umrah dari Segi Pengertian

Umrah dari segi bahasa ialah ziarah. Dari segi syara’ pula bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’. Namun begitu, ada masanya kita tidak boleh menunaikan umrah iaitu masa menunaikan haji. Hukum mengerjakan umrah ialah wajib sekali seumur hidup apabila telah memenuhi syarat-syaratnya.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 196

وَأَتِمُّوا۟ ٱلْحَجَّ وَٱلْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ

yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”.

Apakah pula syarat-syarat wajib Umrah?

Islam telah menggariskan lima syarat wajib umrah. Antaranya ialah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (istito’ah).

Syarat Wajib Umrah

Hal ini bermaksud umrah merupakan salah satu kegiatan agama Islam yang diwajibkan kepada Muslim yang “mampu”.

Berkemampuan yang dimaksudkan disini adalah seperti cukup perbelanjaan dan nafkah tanggungan, sihat tubuh badan dan lain-lain.

Rukun Umrah

Rukun umrah yang digariskan dalam Islam ada lima.

Pertama, niat ihram umrah. Lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.

Kedua, tawaf umrah. Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad.

Terdapat beberapa syarat sah tawaf seperti menutup aurat, suci daripada hadas besar dan kecil, mengekalkan niat tawaf, cukup tujuh pusingan dengan yakin dan sebagainya.

Ketiga, sa’ie umrah. Sa’ie memberi maksud berjalan ulang-alik atau berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.

Perbuatan sa’ie juga mempunyai syarat sah seperti bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah, cukup tujuh kali ulang-alik dengan yakin, hendaklah dilakukan ditempat yang disediakan dan lain-lain lagi.

Keempat, bergunting atau bercukur. Dalam rukun ini, hendaklah kita menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Disunatkan kepada jemaaah lelaki untuk bercukur.

Perbuatan ini hendaklah dilakukan setelah selesai tawaf dan sa’ie umrah.

Kelima dan akhir sekali, tertib. Iaitu mengerjakan rukun-rukun umrah mengikut susunan bermula daripada niat, tawaf, sa’ie, bercukur atau bergunting.

Sebagai pengetahuan, rukun umrah merupakan perkara asas yang mesti ditunaikan oleh orang yang melaksanakan asasi umrah.

Jika tidak ditunaikan sama ada sengaja ataupun tidak maka tidak sah umrah tersebut.

Wajib Umrah

Wajib umrah pula mempunyai dua perkara iaitu berniat ihram di Miqat dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

Apa Itu Wajib Umrah

Miqat bermaksud sempadan bagi ibadat haji ataupun umrah. Sekiranya berniat melepasi Miqat, kita dikehendaki untuk membayar dam iaitu denda.

Terdapat 13 larangan dalam Ihram yang perlu dipatuhi oleh setiap Jemaah lelaki dan wanita ketika melaksanakan ibadah Umrah/Haji. Jika jemaah melakukan larangan-larangan dalam Ihram ada denda/dam yang akan dikenakan mengikut jenis larangan yang dilanggar. 

Secara umumnya 13 larangan dalam Ihram boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

  1. Larangan yang dikhususkan kepada lelaki sahaja
    • Memakai pakaian bersarung/berjahit/bercantum
    • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya.
  2. Larangan yang dikhususkan kepada wanita sahaja
    • Menutup muka
  3. Larangan umum (lelaki dan wanita)
    • Memakai sarung tangan
    • Memakai wangian
    • Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi
    • Menanggalkan rambut atau mana-mana bulu dari bahagian badan
    • Memotong kuku
    • Memotong / menebang / mengerat / mencabut pokok-pokok di Tanah Haram
    • Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram
    • Melakukan pendahuluan persetubuhan
    • Bersetubuh
    • Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin

Perbezaan Antara Rukun dan Wajib Umrah?

Sebagai pengetahuan, rukun umrah merupakan perkara asas yang mesti ditunaikan oleh orang yang melaksanakan umrah. Jika tidak ditunaikan sama ada sengaja ataupun tidak maka tidak sah umrah tersebut manakala wajib umrah ialah perkara yang wajib dilakukan semasa menunaikan umrah.

Sekiranya tidak dilaksanakan dengan sengaja, umrah yang dilakukan sah tetapi berdosa. Sekiranya tidak sengaja, ianya tidak berdosa akan tetapi wajib untuk membayar dam mengikut kadar yang ditetapkan.

Rukun Umrah

Ibadah Umrah bukanlah sebuah Ibadah kecil. Ibadah ini perlu dilakukan dengan persediaan fizikal, mental dan paling penting adalah ilmu yang mencukupi. Apatah lagi, peluang untuk kita melakukan ibadah ini tidak datang selalu kerana kos untuk kita ke tanah suci adalah tinggi. Jadi, jangan sia-siakan peluang apabila mendapat rezeki panggilan umrah. Justeru, jika anda masih mempunyai kekeliruan, boleh rujuk disini.

INI PANDUAN UMRAH TERBAIK UNTUK ANDA
INI PANDUAN UMRAH TERBAIK UNTUK ANDA
INI PANDUAN UMRAH TERBAIK UNTUK ANDA

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram