motac nafi wujud poligami tiket penerbangan umrah Dakwaan Monopoli Tiket Umrah : MOTAC Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Benar

MOTAC Nafi Wujud Syarikat Monopi Tiket Umrah, Utamakan Jemaah Indonesia

Dikemas Kini: 6 Februari 2023
Surga Route

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan dakwaan beberapa syarikat pelancongan tertentu yang memonopoli tiket penerbangan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Makkah.

MOTAC turut menafikan dakwaan kelebihan untuk mendapatkan tiket tersebut diberikan kepada jemaah warga Indonesia.

"MOTAC memandang serius terhadap kenyataan tersebut kerana situasi ini dikatakan menjadi antara punca berlakunya kesukaran untuk mendapatkan tiket penerbangan yang secara tidak langsung menaikkan lagi kos pakej umrah sejak akhir-akhir ini.

MOTAC Nafi Wujud Syarikat Monopi Tiket Umrah, Utamakan Jemaah Indonesia

"Dakwaan yang menyatakan bahawa wujudnya monopoli kepada beberapa syarikat tertentu dan kelebihan diberikan kepada jemaah Indonesia adalah tidak benar sama sekali," kata Unit Komunikasi Korporat kementerian itu dalam kenyataan.

Terdahulu, beberapa syarikat umrah tempatan dilaporkan memborong tiket penerbangan ke Makkah dan turut menjualnya kepada agensi umrah di Indonesia pada harga sehingga RM6,000 untuk mengaut keuntungan besar.

MOTAC Nafi Wujud Syarikat Monopi Tiket Umrah, Utamakan Jemaah Indonesia

Susulan dakwaan itu, Motac berkata satu mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar telah diadakan dengan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada Selasa lalu.

Ia turut disertai Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Suruhanjaya Persaingan (MyCC), Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AMAL by Malaysia Airlines (Amal), Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumitra (Bumitra), Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh).

Menurut Motac, mesyuarat itu memutuskan harga tiket umrah yang ditawarkan oleh Amal adalah pada kadar harga yang munasabah dan berpatutan.

Motac berkata jumlah tiket yang dijual kepada jemaah Indonesia pula hanyalah 10 peratus daripada jumlah kapasiti yang ada, kata kenyataan itu.

"Manakala, baki 90 peratus adalah ditawarkan kepada jemaah Malaysia yang mana masih mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah dan juga rakyat Malaysia," kata kementerian itu lagi.

Namun, kementerian itu berkata pihak Amal tetap diminta untuk meneliti semula keseragaman pembahagian tiket bagi memastikan semua syarikat pengendali umrah tempatan yang dilesenkan mendapat peluang yang lebih terbuka.

Sumber : MalaysiaKini

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram