jambatan bagan datuk sejagop

Mudahkan Perjalanan dan Rancakkan Pelancongan, Jambatan Bagan Datuk-Sejagop Siap Sebelum Aidilfitri 2023 !

Dikemas Kini: 1 April 2023
Surga Route

Projek pembinaan laluan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop yang menghubungkan pekan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop di daerah Perak Tengah yang tertangguh kira-kira dua tahun, dijangka siap menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 ini.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan sepanjang 10.5 kilometer dan jambatan 1.5 kilometer itu, yang merupakan projek ikonik di Perak bermula 20 April 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek itu akan memendekkan perjalanan penduduk sekitar Bagan Datuk, Pasir Salak dan Manjung untuk ke Kuala Lumpur kepada sejam setengah sahaja yang tentunya memberikan kesan jangka masa panjang untuk kawasan sekitar.

Dengan adanya jambatan bernilai RM406 juta itu akan menggamit pembangunan lain seperti bangunan komersial, industri dan kawasan perumahan.

Pada masa sama, secara tidak langsung ekonomi daerah Hilir Perak yang merupakan kawasan ke-12 dan mukim termiskin di Perak dapat dipertingkatkan.

Projek itu yang mula dibina pada akhir 2016 sepatutnya siap pada Oktober 2020 tetapi berlaku kelewatan atas beberapa faktor terutamanya pandemik COVID-19.

Ketika ini, projek berkenaan siap 97 peratus dan tidak ada kenaikan kos kerana ia dilaksanakan secara reka dan bina (design and build).

Ia bermakna, sekiranya berlaku sebarang kenaikan kos, ia akan ditanggung oleh kontraktor utama.

Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) percaya pembinaan jambatan Bagan Datuk bakal merancakkan ekonomi dan memanfaatkan warga Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk.

Dalam usaha membantu merancakkan sektor pelancongan di Bandar Seberang Perak, MOTAC telah menyalurkan sebanyak RM20,000 kepada kawasan Seberang Perak bagi kerja-kerja memasang papan tanda arah dan mercu tanda homestay Felcra Seberang Perak di bawah peruntukan Peningkatan Kemudahan Pelancongan Tahun 2020.

MOTAC sentiasa bersedia untuk memperhalusi dan menyokong sekiranya terdapat sebarang permohonan projek pembangunan yang mampu memberikan nilai tambah dan menjadi tarikan utama kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa di bandar Seberang Perak khususnya dan negeri Perak amnya di masa hadapan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram