adab dan larangan ketika mendaki hutan hikin jungle trekking

Nak Hiking Atau Explore Hutan ? Ini 5 Perkara Anda Mesti Elak Dari Lakukan !

Dikemas Kini: 23 Ogos 2023
Surga Route

Aktiviti lasak dan menikmati keindahan alam semula jadi seperti 'hiking' dan 'jungle trekking' semakin mendapat tempat di kalangan warga Malaysia, terutamanya buat mereka yang bekerja di bandar dan ingin merehatkan mindah. Terkenal dengan terma 'healing' oleh anak muda.

Ingat, jika anda melakukan aktiviti pendakian atau berkhemah di hutan, anda diwajibkan memohon permit daripada Jabatan Hutan dahulu ya.

Selain itu, ada juga beberapa pantang larang atau adab yang anda perlu jaga bila di dalam hutan. Ini kerana kita berkongsi alam semulajadi dengan penghuni alam lain. Mungkin ada yang kata mengarut, namun tak salah jika kita ambil langkah berjaga-jaga kan ?

Di bawah ini antara perkara yang anda DILARANG lakukan ketika berada di dalam hutan.

1 – Membuang sampah merata-rata di hutan

Nak Hiking Atau Explore Hutan ? Ini 5 Perkara Anda Mesti Elak Dari Lakukan !

Sampah terdapat beberapa jenis antaranya yang boleh lupus dan ada yang tidak. Sampah seperti plastik pastinya ketahui umum ianya tidak mereput. Walaupun ada sampah yang boleh reput, ianya juga tidak dibenarkan untuk ditinggalkan di dalam hutan kerana ianya mencemarkan alam sekitar dari segi pemandangan, bau , malah mungkin menjemput 'binatang' lain.

2 – Tidak menjaga adab, celupar dan cakap sembarangan

Biarpun tiada manusia yang dilihat di dalam hutan, namun kita harus menghormati hutan dan tidak boleh celupar, berteriak tidak tentu pasal atau ketawa berlebihan. Perkara ini juga boleh menyebabkan histeria dan rasukan. Selain daripada menghormati alam dan penghuninya, anda juga perlu menghormati jiran atau rakan anda yang sedang berkhemah bersama anda.

Banyak kisah pendaki yang sesat tidak menemui jalan pulang. Sebaliknya hanya berpusing di laluan yang sama untuk beberapa jam akibat diganggu makhluk halus di dalam hutan.

3 – Membuang najis sembarangan

Antara tempat yang tak boleh buang air sesuka hati seperti lopak air, dalam lubang, pertengahan jalan hutan dan kawasan bersih yang terdapat dalam hutan kerana di situ biasanya menjadi tempat makhluk lain bermain atau tinggal.

Ada satu kisah di mana seorang pendaki wanita mengalami histeria. Puncanya ialah dia meninggalkan tuala wanita yang mempunyai darah kotor di sungai. Ketika misi mencari tuala wanita tersebut di sungai, alangkah terkejutnya melihat ada makhluk sedang menjilat darah di tuala wanita itu.

4 – Menyebut nama binatang buas

Elakkan daripada bergurau senda dengan meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan kerana makhluk yang berada dalam hutan akan marah kerana kita seolah-olah memperli atau ‘mengejek’ rupa mereka.

Gunakan kod seperti Maybank untuk harimau, tali pinggang untuk ular, kereta api untuk lipan, kereta kebal (kala jengking) dan lain-lain lagi untuk menyebut nama binatang buas dan beracun. Dikhuatiri binatang itu tiba-tiba akan muncul selepas namanya disebut.

5 – Membawa pulang sesuatu daripada hutan

Sekiranya terjumpa benda atau perkara pelik seperti bunga cantik, batu berwarna-warni dan berkilau, pokok aneh dan macam-macam lagi, jangan diambil dan bawa balik. Semua benda itu mungkin milik makhluk yang tinggal di dalam hutan itu. Apa yang ditakuti mereka akan marah kerana kita dikira mencuri barang mereka.

Jika anda lalu di kawasan yang terdapat akar yang berbentuk buaian, jangan sekali-kali duduk dan bermain di situ kerana ia mungkin tempat mainan makhluk yang kita tidak nampak.

Sumber rujukan:
Berita Harian

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram