ngulang kopitiam port makan suasana klasik di perlis kafe antik estetik di perlis cool and antique cafe in perlis

Ngulang Kopitiam, Port Makan Suasana Klasik di Perlis !

Dikemas Kini: 1 Mac 2023
Surga Route

Perlis ni salah satu destinasi kegemaran ramai sebab suasananya tenang je. Penduduk tidak padat, pembangunan konkrit tidak terlalu ketara dan masih banyak warisan serta khazanah alam yang terjaga rapi.

Tak hairanlah memang ramai yang 'healing' di negeri ini. Tenang aje kan. Haa tapi, kalau nak lagi tenang, boleh singgah sarapan atau makan tengahari di Ngulang Kopitiam.

aien mh Ngulang Kopitiam, Port Makan Suasana Klasik di Perlis ! Kafe Antik Estetik di Perlis Cool and Antique Cafe in Perlis
Kredit : Aien MH

Walaupun kopitiam klasik ini beroperasi dari sebuah rumah tradisional, bagaimanapun perniagaan ini baru saja dibuka pada 2022. Rumah lama ini dibeli oleh Sharifah Faezah Al-Qadry, umur 67 tahun. Ia kemudian dibina semula dengan kos keseluruhan melebihi RM100 ribu. 

Pelbagai Menu Menarik

Kalau air tangan orang lama, menu-menu klasik dia memang kita kena cuba.

Paling kena cuba, Nasi Rendang. Nasi Rendang ni sebenarnya nasi goreng dengan ikan tumbuk. Simple, Tapi rasa dia MasyaAllah. Memang rasa opah buatK.

sulia a Ngulang Kopitiam, Port Makan Suasana Klasik di Perlis ! Kafe Antik Estetik di Perlis Cool and Antique Cafe in Perlis
Kredit : Sulia A

Antara menu lain adalah jagung nyoq, pulut hitam makan dengan ikan, laksa goreng, ketupat sotong, nasi lemak, nasi dagang, mee kari, laksa nyonya, lontong, masak , masak asam pedas, kari, daging salai masak lemak cili api, roti bakar dan pelbagai lagi menu yang mendapat permintaan tinggi pelanggan yang datang. 

haziq raimy bin rayeyezi student Ngulang Kopitiam, Port Makan Suasana Klasik di Perlis ! Kafe Antik Estetik di Perlis Cool and Antique Cafe in Perlis
Kredit : Haziq Raimy Bin Rayeyezi Student

Dekorasi Antik

Dekorasi pula memang cantik, penuh dengan barang antik dan 'vintage'. Menu pun dihidangkan menggunakan pinggan style orang lama.

haziqah mohd jaki Ngulang Kopitiam, Port Makan Suasana Klasik di Perlis ! Kafe Antik Estetik di Perlis Cool and Antique Cafe in Perlis
Haziqah Mohd Jaki

Kata Sharifah, memang itulah cita-citanya yang telah lama terpendam. 

"Sejak kecil saya saya berminat dengan barang-barang antik. Setelah berkahwin saya mula serius menyimpan pinggan mangkuk, barangan dapur, perabot dan peralatan lama. 

im sam Ngulang Kopitiam, Port Makan Suasana Klasik di Perlis ! Kafe Antik Estetik di Perlis Cool and Antique Cafe in Perlis
Kredit : I'm Sam

"Apabila kopitiam ini siap saya jadikan produk dan koleksi saya ini sebagai dekorasi di dalam kopitiam ini," 

Antara koleksi yang ada di kopitiam ini ialah siya Baba Nyonya Melaka, mesin jahit, lemari lama, dulang, mangkuk tingkat (siya), mesin taip, senduk, dan lain lain lagi. 

jom masuk dapo 2 Ngulang Kopitiam, Port Makan Suasana Klasik di Perlis ! Kafe Antik Estetik di Perlis Cool and Antique Cafe in Perlis
Kredit : Jom Masuk Dapo

Berada di dalamnya seperti berada dalam kedai makan tahun 60-an. Tenang dan selesa. 

Lokasi

?Ngulang Kopitiam, 410, Jalan Jejawi-Tok Kayaman, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi

⏲️ 8AM-3PM (Tutup Rabu)

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram