gadis ini diarah pulang oleh pihak imigresen korea selatan

Niat Ingin Melancong di Korea, Namun Gadis Ini Diarah Pulang Sebaik Sahaja Tiba di Imigresen!

Dikemas Kini: 16 Oktober 2023
Surga Route

Gadis Ini Diarah Pulang Semula Ke Malaysia Selepas Mendarat di Incheon

Melancong ke luar negara mungkin menjadi impian sesetengah orang. Ada yang sanggup mengumpul duit berbulan-bulan untuk mencapai impian melihat negara orang lain.

@beeemyfweeen

For the first time : Immigration at Korea ask us to go back. We cant enter Korea without any valid reason

♬ bunyi asal - haa - haa

Seperti Hazwani Amira, yang memasang impian ke negara Korea Selatan tetapi berakhir dengan kekecewaan. Amira berkongsikan pengalaman hitam beliau apabila diarahkan pulang kembali ke Malaysia sebaik sahaja tiba di kaunter Imigresen di Korea Selatan. Beliau memuatnaik video pengalamannya yang kemudiannya menjadi tular di aplikasi TikTok.

Menurut Amira, semuanya baik-baik sahaja dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sehingga sampai ke lapangan terbang di Incheon. Detik hitam, itu bermula apabila Amira dan seorang lagi rakannya tiba di pemeriksaan pegawai Imigresen.

Seperti biasa, pihak Immigresen meminta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti passport dan K-ETA (Kebenaran Kembara Elektronik Korea Selatan). Tiba-tiba, pegawai itu bertanya kenapa passport Amira tiada sejarah perjalanan. Amira menjelaskan bawah itu passport yang sudah diperbaharui.

Pegawai itu juga bertanya, mana passport yang lama? Amira tidak bawa bersama ke Korea. Terus kedua-dua mereka diminta ikut pegawai itu untuk disiasat. Selepas disoal siasat, mereka berpendapat Amira dan rakannya tidak lengkap untuk masuk ke negara Kore Selatana sebagai pelancong.

Akhirnya, pegawai Imigresen meminta Amira dan rakannya pulang semula ke Malaysia keesokan harinya. Mereka ditempatkan dalam satu bilik bersama pelancong-pelancong lain yang senasib dengan mereka. Passport mereka dipegang pihak Imigresen. Mereka terpaksa menunggu ketibaan penerbangan pagi esoknya jam7.30 pagi.

Penerbangan pulang itu adalah percuma kerana mereka telah menempah tiket penerbangan pulang lebih awal. Amira juga mengucapkan terima kasih kepada staf AirAsia dan juga kedutaan Malayasia di Korea Selatan kerana banyak membantu dalam kesnya itu. Namun, pegawai Imigresen kekal tegas arahkan mereka pulang.

Sumber: Hazwani Amira

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram