orkid putrajaya 2023

Orkid Putrajaya Dilanjutkan Hingga 24 Disember 2023 !

Dikemas Kini: 22 Disember 2023
Surga Route

Festival Orkid Putrajaya 2023 yang mempamerkan pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan dilanjutkan sehingga 24 Disember 2023 (Ahad). Festival yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan lagi disebabkan ia menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

image 51

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata festival yang dilanjutkan selama empat hari lagi itu adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk berkunjung sempena musim cuti sekolah yang bermula pada Sabtu lalu.

image 52

Dalam masa sama, beliau berkata inisiatif dan lanjutan yang dilaksanakan itu turut dapat membantu meningkatkan ekonomi peniaga di situ.

“Sehingga hari ini, seramai 60,000 pengunjung telah hadir dan inisiatif pelanjutan ini menyasarkan 100,000 pengunjung,” katanya semasa melawat tapak pameran Orkid Putrajaya 2023 hari ini.

image 53

Bertemakan Pesona Anggerik dengan orkid sebagai bunga tema, edisi terkini festival itu menghimpunkan lebih daripada 500 pokok orkid khas termasuk pelbagai jenis hiasan pokok-pokok berbunga seperti pokok palma, orkid VIP, orkid liar, pokok-pokok renek, tanah tinggi, pokok pakis serta lebih daripada 70,000 nos bunga semusim yang akan disusun khas di Taman Botani, Putrajaya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram