Pasangan Ini Terlepas Bulan Madu Gara-Gara Passport Basah !

Pasangan Ini Terlepas Bulan Madu Gara-Gara Passport Basah !

Dikemas Kini: 23 Disember 2023
Surga Route

Pasport adalah dokumen paling penting untuk dibawa bersama ketika bercuti. Tanpa passport, ataupun jika passport mengalami sedikit sahaja kerosakan, memang tak laku lah dia.

Itulah yang terjadi kepada satu pasangan suami isteri ini yang tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke luar negara disebabkan passport mereka yang basah.

Pasport Basah Punca Pihak Imigresen Enggan Beri Kebenaran Untuk Ke Luar Negara

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@fikryyazman), lelaki ini menceritakan pengalaman pahitnya bersama isteri yang berhasrat untuk ke Turki sebagai percutian bulan madu mereka dan menyambut ulang tahun kelahiran.

Penerbangan mereka yang dijadualkan pada Ahad lalu (17 Disember) tidak dapat mereka naiki apabila pasport milik lelaki itu rosak kerana basah.

Pasangan Ini Terlepas Bulan Madu Gara-Gara Passport Basah !

Oleh kerana itu, pihak pemeriksaan menganggapnya tidak melepasi piawaian imigresen dan terpaksa menolak penggunaan dokumen tersebut.

Situasi itu juga membuatkan mereka kerugian RM16,000 yang telah dibelanjakan untuk bercuti ke Turki secara berkumpulan di bawah agensi.

https://www.tiktok.com/@fikryyazman/video/7313404903865486594?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7241438382110443016

Lelaki ini juga menjelaskan bagaimana pasport miliknya boleh basah sehingga ditolak oleh pihak imigresen.

Fikry yang berulang-alik dari Singapura setiap hari atas urusan kerja telah berhadapan dengan cuaca hujan lebat pada hari Sabtu ketika tiba di kastam Singapura.

Namun, pasport miliknya itu masih boleh digunakan ketika di imigresen Singapura kerana mereka menggunakan mesin automatik.

Walau bagaimanapun, Fikry menerima takdir ini dengan hati yang terbuka dan meminta maaf kepada isterinya kerana tidak dapat menunaikan hasrat ke Turki.

Kita merancang, Allah juga merancang. Kami terima dengan hati yang terbuka. Maafkan saya sayng, tak dapat kita pergi ke sana. 

Pengguna TikTok Fikry Azman.
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram