pelancong malaysia hilang cincin berlian rm3.73 juta di paris

Pelancong Malaysia hilang cincin berlian bernilai RM3.73 juta di Paris

Dikemas Kini: 23 Disember 2023
Surga Route

Seorang ahli perniagaan wanita dari Malaysia mendakwa bahawa sebentuk cincin berlian miliknya yang bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta) telah dicuri semasa dia menginap di sebuah hotel di Paris.

Menurut laporan akhbar Perancis, Le Parisien, wanita itu memaklumkan bahawa cincin berliannya dicuri di hotel Ritz Paris.

Pelancong Malaysia hilang cincin berlian RM3.73 juta di Paris
Pelancong Malaysia hilang cincin berlian RM3.73 juta di Paris

Wanita yang namanya tidak didedahkan itu dilaporkan mengikuti rombongan beli-belah di sekitar Place Vendome kelmarin.

Apabila kembali ke bilik hotelnya sebelum waktu tengah hari, ahli perniagaan tersebut mendakwa bahawa dia menyedari cincin yang ditinggalkan di atas katilnya telah hilang.

Beberapa jam kemudian, dia pergi ke sebuah balai polis terdekat untuk melaporkan barang kemas yang hilang itu sebelum pihak berkuasa mengikutinya kembali ke hotel bagi melakukan siasatan awal.

Pihak berkuasa tempatan dan wakil Hotel Ritz Paris enggan memberikan komen kepada orang ramai. – AGENSI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram