pengunjung genting highlands bakal dikenakan bayaran tol

Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands Dihentikan

Dikemas Kini: 22 Oktober 2023
Surga Route

Projek pembinaan rumah tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands tidak dimaklumkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR)

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menjelaskan sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 13 Oktober lalu.

Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands Dihentikan
Young Syefura. Gambar Fail

"Saya telah mendapat pengesahan bahawa usaha pembinaan plaza tol di kawasan tersebut tidak melibatkan dan tidak dimaklumkan kepada LLM dan KKR.

"Walau bagaimanapun, sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian haruslah mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan.

Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands Dihentikan

Beliau berkata, setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan kerajaan negeri Pahang tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol ini.

"Oleh itu, arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh MBK agar pihak pemaju menghentikan sebarang usaha-usaha lanjut pembinaan sehinggalah pihak pemaju menghantar permohonan untuk diteliti sebelum dinilai dan diluluskan," katanya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram