jambatan bagan datuk sejagop wce ditunda

Pembukaan jambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop ditunda

Dikemas Kini: 25 April 2023
Surga Route

Jabatan Kerja Raya memaklumkan pembukaan jalan dan jambatan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop yang dijadual menjelang Aidilfitri ini ditunda ke 31 Mei depan disebabkan terdapat beberapa faktor yang masih perlu diperhalusi terutamanya melibatkan aspek keselamatan oleh pihak kontraktor.

JKR turut memaklumkan keputusan tersebut dilakukan setelah melihat kerja-kerja akhir oleh kontraktor utama dan bagi memastikan semua kerja pembinaan dapat diuji secara komprehensif terlebih dahulu dan melalui proses pewartaan sebelum dibuka kepada umum.

jambatan bagan datuk sejagop WCE ditunda
Kredit Gambar : SZ Eagle Eye Studio (Youtube)

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk ketika melakukan lawatan ke tapak pembinaan projek jambatan itu pada 23 Januari lepas mengumumkan pengguna jalan raya dijangka boleh menggunakan laluan sejauh 10.5 kilometer (km) dan jambatan merentasi sungai Perak sepanjang 1.5km pada 20 April ini.

Projek bernilai kira-kira RM400 juta itu yang bermula pada akhir 2016, sepatutnya siap pada Oktober 2020 namun berlaku kelewatan atas beberapa faktor terutama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19, selain kenaikan kos bahan binaan, masalah pekerja dan faktor iklim.

Sementara itu, JKR turut menyatakan kenyataan Ahmad Zahid mengenai pembukaan jambatan itu sebelum ini dibuat hasil perancangan serta unjuran oleh kontraktor utama dan penilaian semasa oleh JKR yang optimis jambatan itu dibuka kepada orang awam sebelum Aidilfitri ini.

Sumber : Bernama

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram