pemuda ini kongsikan itinerari ke hat yai dengan bajet hanya rm 300

Pemuda Ini Kongsi Itinerari 3 Hari 2 Malam ke Hatyai Dengan Bajet Hanya RM300 !

Tag:
Dikemas Kini: 23 Mei 2023
Surga Route

Percutian ke pelbagai tempat menarik sememangnya memberikan ketenangan dari segi mental dan jiwa seseorang. Bagaimanapun, ramai enggan bercuti kerana menganggap banyak wang yang perlu dibelanjakan. Sedangkan, percutian yang memberi ketenangan itu sebenarnya hanya perlu melihat poket sendiri, bukannya poket orang. Kan ?

Umpamanya, seorang pemuda di twitter berkongsikan pengalamannya yang bercuti selama 3 hari 2 mal

image 4 31

am ke Hat Yai, Thailand dengan bermodalkan hanya RM300 !

Mari kita baca sendiri ciapan bebenang daripada @meraxnism seperti mana ditulis oleh beliau di laman Twitternya. Pecahan kos untuk percutian 3 hari 2 malam : RM300 (termasuk pengangkutan + hotel + makan). Semua harga ini termasuk aktiviti.

Pecahan kos termasuk pengangkutan, hotel, makan dan juga aktiviti.

1. Pengangkutan

Kos pengangkutan dalam masa 3 hari kira-kira RM162:

  • ETS KL Sentral – Padang Besar ???? : RM106
  • Train Thai Padang Besar – Hatyai ???? : RM7
  • Tuktuk ???? (2 hari trip bawa ke 6 tempat menarik pergi balik) : RM40
  • Grab : RM5
  • (Balik Malaysia) Hatyai Bus Station Terminal 1 guna minivan???? – Imigresen Pasang Besar : RM4

2. Tempat Penginapan

  • Hotel ???? : Sakura Budget Hotel RM32/night. (Tak macam OYO ya. Memang nice. Katil Queen. Cuma iron je takde. Kena bawa sendiri dari Malaysia.)

3. Makan dan Minum

Hari Pertama:

ASEAN Night Market ( Udang galah/ RM12 dapat 4 ketul, Mee Celup/ RM6, Teh Ais Thai/ RM2.50, Pulut Mangga/ RM5)

7 Eleven – Burger famous dorang RM3. Aku beli 4 jenis shrimp n ayam cheese. Sedap nak mampus!

Senang cerita untuk makan ni. Mostly semua bawah RM10 dan portion besar n sedap!!!! RM30 tu macam2 kau boleh dapat untuk makan kat Asean Night Market.”

@merxnism

Hari Kedua:

  • DimSum Chabura (average dalam RM0.50-RM2 je dimsum dia. Nasi kerabu daging bakar dia sedap gila. Teh ais pun paduuuu terox. Tapi aku recommend korang bayar guna debit card je. Tap je. Simpan duit baht korang tu.)
  • Samila Beach Songkhla (makanan kat sini pun sedap2. Seafood pun murah2. Bayar 200 Baht je kau boleh dapat selambak seafood kat sini. Dalam RM25/pax.)
  • Greenway Food Station (makanan di sini semuanya bawah RM10. Seafood pun murah. Portion besar gila! Barang2 jual2 pun murah. Macam uptown kita lah tapi murah)

Hari Ketiga:

Sarapan pagi di Roti De Forest (Jumlah kos untuk sarapan, RM20 – roti kosong special dan kuah kari, roti telur, air teh ais, nasi Padkapaw)


4. Aktivit/ Tempat melancong

image 4 32
  • Chang Puak Camp : naik gajah *optional* (RM 62), aktiviti menembak (RM12)
  • Tangkuan Hill : RM6 (View kat atas sangat lah cantik. Lebih kurang macam bukit bendera)
  • Street Art Songkhla
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram