penjenamaan semula lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur tiada lagi klia1 & klia2

Penjenamaan Semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur : Tiada Lagi KLIA1 & KLIA2 ?

Dikemas Kini: 13 Februari 2023
Surga Route

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bakal dijenamakan semula sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 bagi mencapai nilai lebih tinggi dalam memasarkan perkhidmatan di lapangan terbang berkenaan serta memperkukuhkan persaingan dengan lapangan terbang antarabangsa serantau.

Cadangan untuk menandatangani OA 2023 antara kerajaan dan MAHB serta cadangan penjenamaan semula KLIA dan KLIA2 juga memainkan peranan penting dalam menentukan kelestarian KLIA selain pertumbuhan di lapangan-lapangan terbang seluruh negara.

Penjenamaan Semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur : Tiada Lagi KLIA1 & KLIA2 ?

Pelaksanaan itu dijangka dapat membantu meningkatkan daya saing global perkhidmatan pengangkutan udara negara serta memulihkan semula sektor penerbangan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat berlandaskan gagasan Malaysia Madani.

Bagaimanapun, penjenamaan tersebut tidak akan berlaku serta-merta kerana penjenamaan semula itu sebahagian daripada Perjanjian Operasi baharu (OA 2023) antara kerajaan Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penjenamaan Semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur : Tiada Lagi KLIA1 & KLIA2 ?

Kerajaan dan MAHB akan memuktamadkan dan menandatangani OA 2023 dan Perjanjian Pajakan berkaitan perkara tersebut sebelum penghujung suku pertama 2023 (31 Mac)

Keputusan itu disambut baik oleh orang ramai, namun mahu kemudahan dan perkhidmatannya juga mesti dinaik taraf bagi menggamit lebih ramai pelancong.

Contohnya Lapangan Terbang Changi, Singapura, lapangan terbang itu mempunyai empat terminal, tetapi setiap satunya mempunyai standard perkhidmatan sama.

Apa pendapat anda? Adakah penjenamaan ini satu keperluan?

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram