keretapi berkelajuan tinggi indonesia high speed rail whoosh

Perjalanan Jakarta-Bandung hanya 45 minit ! Jokowi Rasmi 'Whoosh'

Dikemas Kini: 22 Oktober 2023
Surga Route

Presiden Indonesia Joko Widodo merasmikan perkhidmatan projek kereta api laju bernilai AS$7.3 bilion (kira-kira RM34.4 bilion) di Stesen Kereta Api Halim di timur Jakarta pada Isnin.

Pengangkutan terbaharu itu menghubungkan ibu negara Indonesia, Jakarta dengan Bandung.

"Dengan kelajuan 350 kilometer/j dan kereta api ini kita namakan Whoosh," ujar Jokowi.

Menurut Jokowi, nama itu diinspirasikan daripada bunyi kereta api berkelajuan tinggi dan singkatan kepada "Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Handal".

Sementara itu, menteri kanan yang menyelia projek, Luhut Pandjaitan, memaklumkan perjalanan percubaan percuma kereta api laju, yang dijalankan sejak minggu kedua September, akan dilanjutkan.

Harga tiket akan dimaklumkan pada pertengahan Oktober.

Projek kereta api itu dibina oleh PT KCIC, yang terdiri daripada empat syarikat Indonesia dan China Railway International Co.

Ia pada mulanya ditetapkan dengan kos kurang daripada AS$5 bilion (kira-kira RM23.5 bilion) dan siap dibina menjelang 2019, tetapi kelewatannya disebabkan isu pembinaan dan pandemik COVID-19 yang turut menyumbang kepada peningkatan kos.

Pihak berkuasa menjalankan ujian awam bagi perjalanan berkelajuan tinggi baharu sejauh 142 kilometer sebelum membukanya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram