lrt laluan seri petaling ampang rosak

Perkhidmatan LRT di 6 Stesen Akan Dihentikan Bermula 2 April 2023 !

Tag:
Dikemas Kini: 1 April 2023
Surga Route

Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen Laluan Ampang/Sri Petaling akan dihentikan bermula Ahad (2 April 2023).

Stesen terlibat ialah Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur. Penggantungan operasi itu susulan perkhidmatan di antara Stesen Bandaraya ke Sentul Timur tidak lagi dapat memenuhi kriteria pengoperasian ditetapkan.

Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT13 dan LRT14 sebagai tambahan bas LRT11 bermula Ahad ini.

Laluan perkhidmatan itu meliputi bas LRT11 (LRT Masjid Jamek-LRT Bandaraya-LRT PWTC-LRT Titiwangsa-LRT Sentul-LRT Sentul Timur), LRT13 (LRT Masjid Jamek-LRT Sentul-LRT Sentul Timur) dan LRT14 (LRT Masjid Jamek-LRT Titiwangsa).

Sebanyak 40 bas akan beroperasi dengan kekerapan antara 10 hingga 15 minit pada waktu puncak bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang telah disediakan.

Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram