visa indonesia

Permohonan Visa Pra Pelaburan, Pelancongan Indonesia Boleh Dibuat Secara Atas Talian

Tag:
Dikemas Kini: 9 Februari 2023
Surga Route

Warga asing kini boleh memohon visa pelawat Indonesia bagi tujuan pelancongan dan pra pelaburan secara dalam talian.

Ketua Pengarah Imigresen Indonesia, Silmy Karim, berkata pemohon perlu melengkapkan keseluruhan proses permohonan berkaitan visa pelawat dan membuat pembayaran melalui pautan molina.imigrasi.go.id, berkuat kuasa 26 Januari 2023.

"Mereka boleh memohon visa pelawat untuk pelancongan dan pra pelaburan tanpa sokongan.

"Perkhidmatan berkenaan dijangka dapat menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan dan pelaburan.

"Imigresen memudahkan ahli perniagaan global dan pelabur untuk meneroka dan menyemak potensi pelaburan sebelum melabur di Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.

Silmy berkata, mereka juga boleh melanjutkan visa elektronik ketika ketibaan (e-VOA) melalui modul keluar masuk warga asing di laman web. - BERNAMA

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram