nusuk arab saudi

Platform Nusuk Haji dibuka untuk jemaah Eropah, Amerika Syarikat dan Australia

Dikemas Kini: 9 Februari 2023
Surga Route

Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan jemaah kini boleh memohon untuk mengerjakan ibadah haji melalui platform Nusuk Haji (hajj.nusuk.sa) sebagai sebahagian daripada usaha awal kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan prosedur kedatangan jemaah bagi menunaikan ibadah itu tahun ini.

Langkah itu juga akan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada mereka untuk memperkaya pengalaman agama dan budaya, di samping mencapai objektif program Wawasan Kerajaan 2030.

Perkhidmatan baharu itu membolehkan jemaah haji yang datang dari Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Australia serta lebih 58 negara di seluruh dunia mendaftar, menempah dan membayar dalam talian dengan prosedur elektronik yang mudah serta dapat memilih pakej perkhidmatan seperti penginapan, katering, penerbangan, bimbingan, dan pengangkutan.

Ia juga mengenal pasti negara-negara yang termasuk dalam peringkat pertama pelancaran serta pelbagai perkhidmatan dan maklumat bagi mereka yang ingin menunaikan haji tahun ini dengan mudah dan selesa.

Sebelum ini, Arab Saudi melancarkan NUSUK (nusuk.sa), platform yang menawarkan pintu masuk perancangan yang mudah untuk perjalanan jemaah umrah dan pelawat ke Makkah serta Madinah.

E-platform ini bertujuan meningkatkan pengalaman umat Islam dari seluruh dunia melawat Arab Saudi dan memudahkan prosedur ketibaan pelawat menunaikan umrah.

NUSUK dilancarkan dengan kerjasama dan perkongsian dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi untuk menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan di seluruh ekosistem Visit Saudi termasuk memudahkan visa, permit, proses tempahan dan prosedur. - AGENSI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram