taman persahabatan jepun selangor

Raikan Persahabatan Dua Negara, Taman Persahabatan Selangor-Jepun Dibuka di Shah Alam

Dikemas Kini: 24 Disember 2023
Surga Route

 Buat anda yang merindukan Jepun, apa kata anda terjah ke taman di Shah Alam ini.

Sebagai simbolik keakraban di antara kerajaan negeri Selangor dengan pelabur Jepun, sebuah taman persahabatan telah dibina di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14.

Raikan Persahabatan Dua Negara, Taman Persahabatan Selangor-Jepun Dibuka di Shah Alam

Dapat dilihat, taman tersebut ketengahkan seni bina yang melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai. Untuk pengetahuan anda, taman ini sudah dibuka kepada pengunjung dan dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam secara percuma.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, idea pembinaan taman dicetuskan kerajaan Selangor pada tahun 2018 apabila melihat banyak dari Jepun yang melabur di negeri itu. Tunggu apa lagi? Jika anda rindu mahu ke Jepun bolehlah singgah ke taman ini.

Raikan Persahabatan Dua Negara, Taman Persahabatan Selangor-Jepun Dibuka di Shah Alam

Taman tersebut mempunyai beberapa seni bina yang melambangkan elemen Jepun sebagai daya tarikan utama iaitu Laman Zen, Kolam Maze, Gerbang Torii, Tsukubai (Stone Basin), Laman Refleksologi dan Laman Teres serta menampilkan ciri unik iaitu dikelilingi pagar keselamatan berkonsepkan buluh.

Raikan Persahabatan Dua Negara, Taman Persahabatan Selangor-Jepun Dibuka di Shah Alam

Taman seluas 2.42 hektar itu asalnya merupakan sebahagian kawasan Tasik Timur, Taman Tasik Shah Alam, kini dibuka kepada orang awam pada setiap hari mulai 10 pagi hingga 7 malam dan masuk adalah percuma.

Yang seronoknya lagi, taman tersebut akan dimeriahkan dengan program persembahan kebudayaan Jepun dan Selangor pada setiap hari minggu.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram