restoran atmosphere 360 diarah tutup menara kl

Restoran Berputar Atmosphere 360 di Menara KL Diarah Tutup ! Ini Sebabnya

Dikemas Kini: 23 Disember 2023
Surga Route

Restoran berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur yang terletak pada ketinggian 282 meter diarah menghentikan operasi susulan perintah pengosongan premis oleh Mahkamah Tinggi.

Restoran Berputar Atmosphere 360 di Menara KL Diarah Tutup ! Ini Sebabnya

Jurucakap restoran itu mengesahkan pihaknya diberi masa selama dua minggu sehingga 4 Januari depan untuk mengosongkan premis mengikut perintah terbabit.

Peguam bela Menara KL yang dimiliki Hydroshoppe Sdn Bhd memaklumkan mengenai perintah berkenaan yang dikeluarkan mahkamah.

"Bailif Mahkamah Tinggi muncul di restoran kami pagi semalam dan mengarahkan restoran ditutup, dan ketika itu terdapat ramai pelanggan yang sedang menjamu selera,"

Sebagai maklumat, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) mendedahkan bahawa, tindakan pengosongan premis terhadap sebuah restoran ‘berputar’ terkenal, dibuat selepas perjanjian penyewaan yang dimeterai, telah tamat tempoh pada Jun lalu.

Pihak MKLSB berkata, sebelum ini, Asian Kitchen (M) Sdn Bhd (AKSB) telah memeterai perjanjian untuk mengendalikan perniagaannya, termasuk Atmosphere 360 ​​dan Café 360 dengan MKLSB, yang mana kontrak itu akan tamat tempoh pada 31 Disember 2022.

Restoran Berputar Atmosphere 360 di Menara KL Diarah Tutup ! Ini Sebabnya

Dua bulan sebelum tamat kontrak iaitu 10 Oktober tahun sama, MKLSB berkata, makluman awal disampaikan kepada AKSB bahawa penyewaan premis itu tidak akan diperbaharui dan ia akan tamat pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

Katanya, AKSB kemudiannya merayu supaya lanjutan sewaan itu dapat dibuat, dan MKLSB bersetuju serta membenarkan syarikat itu menjalankan perniagaan sehingga 30 Jun lalu.

Bagaimanapun katanya, pada 9 Jun lalu, AKSB memfailkan injuksi untuk menghalang MKLSB daripada menguatkuasakan haknya sebagai pemilik, tetapi Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan itu pada 27 Jun.

Susulan itu, setelah tamat tempoh penyewaan pada bulan Jun, MKLSB telah meminta AKSB mengosong premis namun ia tidak diendahkan.

"Walaupun AKSB telah menyalahi undang-undang bermula 1 Julai, MKLSB tidak sekali pun mengganggu operasi dan pengurusan Atmosphere 360 ​​dan Café 360," katanya.

MKLSB ingin menekankan bahawa, semua langkah yang diambil dalam menyelesaikan isu penyewaan ini, dilakukan dengan undang-undang dan prosedur sedia ada.

Bagaimanapun, sukacita dimaklumkan bahawa seluruh Menara KL beroperasi seperti biasa.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram