the granite luxury hotel

Review Jujur The Granite Luxury Hotel di Georgetown, Pulau Pinang !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Baru-baru ini, kami berpeluang menginap di salah satu hotel mewah di Georgetown, Pulau Pinang iaitu The Granite Luxury Hotel. Ini adalah reviu jujur kami.

@surgaroute

Best weh hotel ni, mewah sangat, fasiliti terbaik ! Kalau pergi Penang kena menginap kat sini

♬ Full Senyum Sayang - Evan Loss

Parking & Check-In :

Ruang keseluruhan hotel ini agak sempit, maklumlah ianya hotel di tengah bandaraya Georgetown yang padat. Jadi, tiada ruang untuk kenderaan parking sembarangan.

Bagi mengatasi masalah itu, Hotel ini mencatat nama sebagai bangunan dengan tempat letak kereta automatik tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 71.2 Meter. Cara menggunakan mesin mekanikal ini mudah saja, dan parking disini adalah percuma.

Ambil barang dari kereta, biarkan kereta naik sendiri di atas mesin mekanikal, kemudian kami terus check-in.

Sebenarnya, kami ke sini dijemput. Tetapi, review kami tetap jujur ya.

Sebelum sempat tiba di kaunter check in, kami disambut mesra dengan welcome drink dan juga cold towel. Masa ni memang nampak kenapa ada perkataan 'luxury' kat nama hotel ni.

image 14

Buat pengetahuan, semasa ini kami masih belum memperkenalkan diri. Jadi, dah tentu layanan yang kami terima ini adalah layanan asas yang diberikan kepada semua tetamu, bukan layanan 'lebih' untuk mendapatkan review bagus dari orang tertentu.

Lobi hotel pula penuh dengan tona keemasan, menyerlahkan elemen mewah hotel ini.

Bilik :

Bilik penginapan kami adalah jenis 'Diva Suite'. Hanya ada 1 unit sahaja disini. Bilik berkeluasan 68m² / 732 ft² ini boleh memuatkan 4 orang dewasa dengan 2 katil saiz king digabungkan dan juga 2 tandas.

image 15

Ruangan luas di bilik ini dengan meja bersolek serta cermin saiz besar, ruang bergambar dan mini bar.

Di bahagian Mini Bar, disediakan 4 jenis teh jenama mewah TWG, Illy Coffee Machine dan juga beberapa produk buatan tempatan Pulau Pinang.

Turut disertakan di sini adalah robe, dan sandal yang mengikut tema merah jambu.

Barangan elektrik yang diperlukan seperti seterika, pengiring rambut masing-masing berjenama Philips dan Dyson.

Bilik ini mempunyai pemandangan bandar, terletak di tingkat 10 anda boleh lihat bangunan ikonik KOMTAR betul-betul di depan mata.

Fasiliti :

Kolam renang disini memang terbaik. Mereka juga memegang kolam renang akrilik tertinggi di Malaysia. Memang unik, jika anda mandi di satu sudut kolam renang ini, lantainya adalah akrilik dan anda boleh lihat pemandangan jalanraya di bawah !

image 16

Mereka juga menyediakan beberapa peralatan yanv diperlukan untuk tetamu di kolam renang seperti 'casing' untuk bawa telefon bimbit ke dalam air kolam renang, 'goggles' dan lain-lain.

Di sini juga ada 'board games' diletakkan.

Fasiliti asas lain seperti surau, ruang acara dan gimnasium pun ada. Kecuali, restoran. Ya, hotel ini tidak mempunyai restoran mereka sendiri.

Sarapan :

Hotel ini tidak mempunyai restoran mereka sendiri. Bagaimanapun, mereka berkolaborasi bersama kafe berdekatan untuk sesi sarapan. Jadi, anda perlu berjalan sedikit ke luat hotel untuk ke kafe bagi sarapan. Tiada buffet, anda boleh memesan 1 set makanan dan 1 pilihan minuman.

Jika anda tanya kami, alang-alang tak dapat makan di hotel lebih baik anda keluar cari menu sarapan warga tempatan Pulau Pinang.

Jadi kalau nak menginap disini, kami lebih sarankan ambil pilihan tanpa sarapan.

Check-Out :

Proses check-out juga mudah dan pantas. Tiada apa-apa diperlukan. Hanya pulangkan semula kad akses and you're good to go !

Bye !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram