Roti Canai Transfer Road Ditutup 2 Minggu Disebabkan Isu Kebersihan

Roti Canai Transfer Road Ditutup 2 Minggu Disebabkan Isu Kebersihan

Dikemas Kini: 5 Januari 2023
Surga Route

Gerai roti canai Transfer Road yang terkenal di Jalan Transfer, Georgetown diarah tutup selama dua minggu kerana tidak mengikut piawaian kebersihan.

Difahamkan, pihak berkuasa dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut melakukan pemeriksaan ke atas premis tersebut.

Hasil pemeriksaan, mereka menemui najis pada telur ayam dan mendapati pekerja gerai tidak menghadiri kursus pengendalian makanan.

Roti Canai Transfer Road Ditutup 2 Minggu Disebabkan Isu Kebersihan

Notis penutupan telah dikeluarkan berkuat kuasa serta-merta di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan akan berkuat kuasa sehingga 16 Januari.

Pemilik gerai berkenaan turut dikenakan kompaun RM500 kerana gagal memastikan pekerjanya menghadiri kursus.

Sebuah gerai minuman bersebelahan turut didenda RM500 berikutan dikesan mempunyai pencemaran silang pada peti penyimpanan ais.

Bagaimanapun, pelanggan yang beratur panjang untuk menikmati roti canai kelihatan tidak terganggu dengan kehadiran pihak berkuasa dan isu kebersihan, ekoran ramai yang dilihat masih berbaris.

Pemilik gerai, Shahjahan Abdul Hamid kemudian memohon maaf kepada pelanggan dan akur dengan notis penutupan.

Pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum dia dilihat menyambung menebar roti canai.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah menarik perhatian kira-kira 500,000 netizen di Twitter dengan lebih 2,000 ciapan balas.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram