gsc alamanda putrajaya bakal ditutup 14 ogos ini

Selepas 15 Tahun Beroperasi, GSC Alamanda Putrajaya Bakal Ditutup 14 Ogos Ini !

Dikemas Kini: 2 Ogos 2023
Surga Route

GSC Cinemas, sebuah rangkaian pawagam ulung di Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan operasi salah satu cawangan mereka iaitu di GSC Alamanda Putrajaya bermula 14 Ogos ini. Sehubungan dengan itu, tayangan filem terakhir di pawagam tersebut adalah pada 13 Ogos nanti.

GSC Alamanda Putrajaya bakal ditutup 14 Ogos ini

“15 tahun sejak kami membuka pintu pada 5 April 2008, kami diberi penghormatan untuk berkongsi banyak detik yang tidak dapat dilupakan bersama anda.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi selama ini. Senyuman, helaan nafas, tawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami,” petik kenyataan GSC Cinemas.

GSC Cinemas menjemput orang ramai untuk meneruskan sokongan dengan menonton pawagam GSC terdekat yang berada di IOI City Mall 1 & 2. Mungkin anda boleh menggunakan promosi ini bagi menonton filem kegemaran di GSC.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram