11 tempat menarik di cameron highlands wajib pergi bala guesthouse

Senarai 11 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Kunjungi di Cameron Highlands !

Dikemas Kini: 21 Mei 2023
Surga Route

1. Ladang Teh Boh

image 4 27

Suasana yang sangat mendamaikan di Ladang Teh Boh Cameron Highland menjadikan tempat ini sebagai tarikan utama para pelancong. Udara yang sangat segar dapat menghilang segala tekanan yang dialami apabila anda berada di sekitar dalam Ladang Teh Boh. Melihat kehijauan pokok-pokok teh yang ditanam disini membuatkan anda berfikir sejenak akan anugerah ILLAHI. Tidak hairanlah jika Cameron Highland menjadi salah satu senarai terkenal untuk berbulan madu.

2. Taman rama-rama

Selain di Penang, Cameron Highland jugak terdapat taman rama-rama. Pelbagai jenis spesis rama-rama yang ada di sini. Bukan sahaja rama-rama, tetapi reptilia jenis ular dan katak jugak turut ada disini. Selain itu, serangga dan kala jengking juga terdapat di taman rama-rama. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6 petang.

3. Cactus Valley

Kepada pencinta pokok kaktus, Cactus Valley Cameron Highland adalah tempat yang sesuai untuk anda. Lokasi Cactus Valley ialah berhampiran dengan Big Red Strawberry Farm. Pelbagai jenis pokok Kaktus yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Dibuka setiap hari.

4. Big red strawberry farm

Bagi pengunjung yang suka mengambil gambar, Big Red Strawberry Farm adalah tempat yang sesuai untuk anda menunjukan bakat mengambil gambar kerana di sini terdapat pelbagai kawasan yang menarik untuk dijadikan sebagai sudut untuk bergambar.

5. Kebun Lavender

Kepada pencinta bau lavender, kini anda tidak perlu untuk terbang jauh semata mata untuk melihat dan merasai sendiri keindahan bunga lavender. Bau yang sangat menyenangkan kini ada di Kebun Lavender di Cameron Highland. Apabila anda menjejaki masuk ke dalam Kebun Lavender ini anda akan dapat merasai keharuman bunga lavender yang mewangi dan menenangkan jiwa. PSuasana yang sangat romantik menjadikan Kebun Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highland. Di kebun ini pengunjung dibenarkan untuk memetik bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga. Dibuka pada hari biasa dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam. Tempat letak kereta dan bas disediakan.

6. Kea farm di Brinchang

Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli belah. Ini kerana pelbagai jenis barangan dijual disini dengan harga yang berpatutan. Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapat pelbagai jenis bunga segar dijual disini.

7. Pasar malam Brinchang

Pasar malam Brinchang adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highland. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini. Dibuka setiap hari di musim percutian dari petang sehingga ke tengah malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli berbagai barangan terutama makanan. Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Cuaca yang sangat sejuk di Cameron Highland menjadikan suasana di dalam pasar malam Brinchang tidak seperti pasar malam yang ada di tempat lain. Keadaan dan suasana disini sangat selesa.

8. Ladang Lebah Ee Feng Gu

Masuk adalah percuma. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 7 malam. Kepada mereka yang ingin mengetahui cara hidup serangga yang bernama “lebah” bolehlah singgah ke Ladang Lebah Ee Feng Gu. Disini ditunjukkan cara lebah hidup dan bagaimana cara untuk mendapatkan madu dari lebah. Pelbagai informasi berguna boleh didapati disini. Selain itu, di Ladang Lebah Ee Feng Gu juga ada menjual kopi, teh dan pelbagai bahan yang berasaskan madu asli sebagai buah tangan sebelum anda pulang.

9. Taman AgroTek Mardi

Taman AgroTek Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi Kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang disediakan didalam Taman AgroTek Mardi antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan. Kepada yang suka makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar.

10. Rose Centre

Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.

11. Muzium Time Tunnel

Di Muzium Time Tunnel anda dapat mempelajari sejarah dan cara hidup orang pada zaman dahulu-kala. Pelbagai koleksi barangan antik yang tedapat di sini. Muzium Time Tunnel terletak dikawasan Brinchang. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram