splashmania bakal dibuka 6 februari ini ! jom tengok apa yang menarik

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik

Dikemas Kini: 4 Februari 2023
Surga Route

Apa cara terbaik untuk melawan kepanasan di Malaysia ? Selain daripada menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut tempatan yang sejuk dan enak seperti ABC dan cendol, sudah pastinya sejukkan diri dengan bermain air !

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Masturah Afandi (Twitter)

Malaysia sudah ada beberapa taman tema air seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, Desaru Coast Adventure Waterpark, dan banyak lagi. Tak cukup dengan itu, ada lagi taman tema air baharu yang akan dibuka di Malaysia iaitu Splash Mania Gamuda Cove !

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Sinar Harian

Splash Mania adalah sebuah taman tema air terbaharu Malaysia yang bakal dibuka di sebuah kawasan perbandaran baharu di daerah Kuala Langat iaitu Bandar Gamuda Cove.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Roman Akramovich (Twitter)

Buat mereka yang belum tahu berkenaan Gamuda Cove, ia terletak berdekatan Dengkil. Cara untuk akses ke kawasan perbandaran ini adalah melalui lebuhraya ELITE. Terdapat susur keluar khas ke Gamuda Cove di Lebuhraya tersebut terletak antara susur keluar KLIA dan susur keluar Putrajaya.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Klook

Apa Yang Menarik di SplashMania ?

Taman tema yang dibangunkan oleh Gamuda Land dengan kerjasama Polis Waterparks dan ProSlide Technology ini berkeluasan 18 ekar dan 70% daripada kawasan taman tema ini adalah kawasan hijau bagi menyesuaikan dengan persekitaran asal dan sekeliling kawasan ini yang merupakan tanah paya, sekaligus menjadikannya sebagai taman air bertemakan hutan hujan terbesar di Asia.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Klook

Fuhh, dah jadi taman air bertemakan hutan hujan yang terbesar di Asia ni, takkan sikit saja permainan kan? Mesti banyakkk. Ya, di sini terdapat 39 tarikan utama. 24 daripadanya adalah gelongsor air yang mengujakan dan 15 permainan lain.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Klook
SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : mStar Online (Twitter)

Paling menarik antara kesemua gelongsor air tersebut sudah pastilah satu permainan gelongsor air Atlantis VR. Sesuai namanya, permainan gelongsor air ini diperhebatkan dengan penggunaan teknologi Virtual Reality (VR). Tarikan seumpama ini adalah yang pertama di Malaysia tau !

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik

Kata SplashMania, Atlantis VR memberikan pengalaman yang mengasyikkan berbanding permainan gelongsor air biasa.

Gelongsor besar ini boleh memuatkan pelampung 2-4 orang. Pengunjung mestilah lebih tinggi daripada 120cm untuk menaiki permainan ini manakala berat gabungan kesemua pengunjung mestilah lebih daripada 120kg bagi pelampung 2 orang atau 280kg untuk pelampung 4 orang.

Pengunjung akan diberikan peranti VR dan menikmati pengembaraan secara maya melalui Lost City of Atlantis sejauh 250 Meter.

Bagaimanapun, menurut sumber tarikan gelongsor Atlantis VR ini belum dapat digunakan pada awal pembukaan SplashMania.

Tapi jangan risau sebab masih ada banyak lagi tarikan untuk anda bermain seperti sebuah lagi gelongsor iaitu Shaka Waka sepanjang 78 meter pula mempunyai ciri multimedia dan audio . Ia dilengkapi dengan pelbagai kesan cahaya LED.

Antara tarikan lain yang anda wajib untuk cuba adalah :

  • Amazonia - kapal berbilang tingkat ikonik yang menempatkan gelongsor air, pondok F&B, dek DJ dan pelbagai tarikan
  • Maniac Racers - gelongsor air pelbagai lorong yang membolehkan anda berlumba bersama rakan anda
  • Zoomi's Runway - Zipline merentasi taman tema air tersebut dari dek Amazonia
  • Curl & Swirl - berputar di sekeliling mangkuk melengkung sebelum meluncur ke bawah gelongsor yang mendebarkan
  • Wild Rush
SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Roman Akramovich (Twitter)

Bab keselamatan anda tak perlu risau, sebab kesemua permainan disini telah diuji dan diakui selamat oleh TÜV Rheinland Malaysia Sdn.Bhd dan mengikut standard yang ditetapkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia juga mematuhi garis panduan Department of Occupational Safety and Health (DOSH) dan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Roman Akramovich (Twitter)

Jika anda lapar atau ingin membeli barangan lain, jangan risau sebab di taman tema ini mempunyai 17 outlet F&B dan runcit !

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Roman Akramovich (Twitter)

Aplikasi GL Play turut diperkenalkan, yang mana pengunjung boleh menggunakannya bagi pelbagai fungsi termasuk bagi membuat pembayaran semasa berada di taman tema air tersebut.

SplashMania Bakal Dibuka 6 Februari Ini ! Jom Tengok Apa Yang Menarik
Kredit Gambar : Klook

Pelbagai acara dan persembahan secara langsung bakal diadakan di taman tema ini dari masa ke semasa.

Harga Tiket SplashMania

Sempena pembukaan, Splash Mania mengadakan promosi tiket masuk buat pengunjung awal (early bird) di taman tema yang baharu dibuka ini.

Harga promosi 'Early Bird' yang dikenakan adalah seperti berikut :

  • RM63 untuk kanak-kanak (bawah 120cm, bawah 90cm Percuma)
  • RM79 untuk dewasa (melebihi 120cm)
  • RM63 untuk warga emas (60 tahun ke atas)
Harga Tiket Masuk ke SplashMania Gamuda Cove  Untuk Dewasa & Kanak-Kanak !

Sangat-sangat berbaloi sebab harga tiket ini juga termasuk dengan gambar digital tanpa had yang anda boleh dapatkan.

Gambar-gambar tersebut akan diambil oleh jurugambar terlatih sepanjang anda bermain di taman tema air tersebut. Memang terbaik ! Tak perlu susah-susah nak bawa telefon bimbit mandi kolam sama, sebab dah ada orang akan tangkapkan gambar kita. Heee !

Peringatan ! Harga promosi istimewa Early Bird ini sah dari 26 Januari hingga 31 Mac 2023! Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai taman ini, anda boleh melayari laman web rasmi di sini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram