supreme kingdom fun park cheng melaka

Supreme Kingdom Fun Park, Taman Permainan Baru Dan Terbesar di Melaka !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Taman Tema Kanak-Kanak Terbesar di Melaka Kini Dibuka ! ????

Supreme Kingdom Fun Park merupakan taman tema kanak-kanak terbesar di Melaka. Boleh muat 600 orang & lebih 100 Jenis permainan dalam ni !

image 8
Kredit : Travetopia

Bukan takat anak-anak je boleh main, mak ayah pun boleh tumpang. Harga dia memang berbaloi la sebab tiada had masa. Main sampai puas ! Yelah, waktu kecil-kecil dulu kita tak ada permainan macamni, jadi inilah masanya kita nak merasa.

Maklumat Tambahan

Banyak gelongsor dan 'set permainan' direka bertingkat. Bagus untuk ajar anak kemahiran melompat, memanjat, merangkak, keseimbangan badan dan latih anak supaya tak gayat. Disini juga ada banyak kerusi dan ruang ibu bapa berehat.

image 9
Kredit : Travetopia

Kanak-kanak diwajibkan untuk memakai anti slippery socks ya (yang ada biji-biji kt bawah tu) kalau nak jimat, bawa siap-siap dari rumah atau beli di pasaraya NSK yang terletak bersebelahan. Jika tak bawa, boleh beli di kaunter semasa beli tiket tu, RM7 sepasang.

image 10
Kredit : Travetopia

Sebelum beratur nak belu tiket tu, make sure isi borang di kaunter yang disediakan ya. Seronoknya disini, tiket adalah untuk seharian. Maksudnya boleh keluar masuk sesuka hati tanpa sebarang caj, syaratnya dalam hari yang sama.

image 11
Kredit : Travetopia

Macam mana prosedur nak keluar masuk?

Mudah saja, masa beli tiket, wajah parent atau guardian akan dimasukkan dalam sistem melalui kemera yang tersedia. Bila nak masuk, parent kena berdiri di kamera dan pintu masuk akan terbuka, kemudian anak-anak boleh masuk.

image 12
Kredit : Travetopia

Bila nak keluar pun guna cara yang sama. Jadi, bila kita keluar ke toilet atau ke mana-mana saja, tak perlu beratur semula, terus saja ke pintu masuk dan talakan muka anda ke kamera pengimbas wajah.

image 14
Kredit : Travetopia

Harga Tiket

Kanak-Kanak

  • RM29.90(isnin-khamis)
  • RM39.90(cuti awam,jumaat-ahad)

Dewasa

  • RM10

Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun

  • Percuma
image 7
Kredit : Travetopia

Lokasi

????Supreme Kingdom Fun Park Melaka , Lot 19396, Level, 1, Jalan Ttc 26, Taman Teknologi Cheng, 75250 Melaka

4 13 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Kalau 5 kanak kanak tetap harga 29.90?

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram