Jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk E-Visa umrah ketahui perbezaan visa umrah dan visa pelancong beza visa pelancong dan visa umrah Keliru Visa Umrah dan Visa Pelancong. Apa Perbezaan Antara Kedua-duanya ? Ini Jawapannya Rancang Mengerjakan Umrah ? Ketahui Perbezaan Antara Visa Umrah dan Visa Pelancong Dahulu ! syarat dan tatacara permohonan visa umrah

Syarat Pendaftaran & Permohonan Visa Umrah

Dikemas Kini: 9 Februari 2023
Surga Route

Ibadah Umrah adalah salah satu Ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan. Pasti ramai dari kita sedang merancang untuk mengerjakan ibadah tersebut di kota suci Mekkah dan menziarahi kota Madinah yang terletak di Arab Saudi.

Bagaimanapun, Arab Saudi memerlukan seseorang untuk mempunyai visa bagi memasuki negara tersebut. Jadi, apakah syarat dan dokumen yang diperlukan bagi memohon visa umrah dari kerajaan Arab Saudi ? Ini jawapannya :

Tatacara Permohonan Visa Umrah

  1. Bayaran DEPOSIT (SETIAP seorang) untuk pendaftaran.
  2. Bayaran harga penuh pakej (45 hari sebelum tarikh berlepas)
  3. Mengisi borang pendaftaran Umrah dengan lengkap serta tandatangan
  4. Pasport Malaysia (Tempoh sah laku tidak kurang 6 BULAN dari tarikh pulang) & 
  5. mempunyai 6 muka surat kosong berturutan
  6. Buku / Sijil Suntikan Meningitis ACYW 135 (SETIAP seorang)
  7. Menyediakan 4 keping gambar berwarna. (SETIAP seorang)
    • Saiz gambar berukuran 6cm x 4cm
    • Berlatar belakang putih
    • Zoom muka 80%
    • Lelaki : Tidak memakai songkok/kopiah/apa-apa diatas kepala
    • Wanita : Bertudung HITAM
  8. Salinan Kad Pengenalan yang terang dan jelas. (SETIAP seorang)
  9. Dokumen sokongan tambahan

Dokumen tambahan diperlukan sekiranya:

  • Wanita dibawah umur 46 tahun
  • Lelaki dibawah 18 tahun
NoStatus JemaahMahramDokumen DiperlukanPengesahan 
1.IsteriSuamiSalinan Sijil NikahJabatan Pendaftaran Negara
Wisma Putra
2.IbuAnak Lelaki
(19 tahun ke atas)
Salinan Sijil Lahir Anak LelakiJabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Agama Islam
Wisma Putra
3.Anak Perempuan
(15 tahun ke bawah) &
Anak Lelaki
(bawah 13 tahun)
Ibu Perlu Ikut Serta
BapaSalinan Sijil Lahir Anak
Sijil Nikah Ibu Bapa
Bagi Perempuan yang telah berkahwin, sertakan sijil nikah
Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Agama Islam
Wisma Putra
Bagi Perempuan Yang Telah Berkahwin, Surat Izin Suami/LOC DiperlukanJabatan Pendaftaran Negara
Wisma Putra
4Adik Perempuan (15 tahun ke bawah) &
Adik Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut Serta
Adik Beradik Lelaki (19 tahun ke atas)Salinan Sijil lahir (Setiap Seorang)
Sijil Kematian Bapa (Jika Bapa Meninggal)
Bagi Perempuan Yang Telah Berkahwin, Sertakan Sijil Nikah
Jabatan Pendaftaran Negara
Wisma Putra
Surat Izin/LOC Dari Bapa Atau Suami (Jika Sudah Berkahwin)Pesuruhjaya Sumpah
Wisma Putra
5Anak Angkat (Ibu Perlu Ikut serta)Bapa Angkat
Salinan Sijil AngkatJabatan Pendaftaran Negara
Wisma Putra
6Anak Tiri (Ibu Perlu Ikut Serta)Bapa TiriSalinan Sijil Lahir Anak Tiri
Salinan Sijil Cerai Ibu & Bapa kandung
Sijil Nikah & Bapa Tiri
Sijil Kematian (Jika Bapa Meninggal)
Jabatan Pendaftaran Negara
Wisma Putra
Jabatan Agama Islam
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung dan Salinan Kad PengenalanPesuruhjaya Sumpah
Wisma Putra
7Cucu Perempuan (15 tahun ke bawah) & Cucu Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut SertaDatukSalinan Sijil Lahir Cucu
Salinan Sijil Lahir Ibu/Bapa Yang Menunjukkan Hubungan 
Jabatan Pendaftaran Negara
Wisma Putra
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung dan Salinan kad Pengenalan BapaPesuruhjaya Sumpah
Wisma Putra
8Anak Saudara Perempuan (15 tahun ke bawah) & Anak Saudara Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut SertaBapa Saudara(Mesti Membawa Isteri)Salinan Sijil Lahir Anak Saudara
Salinan Sijil Lahir Bapa Saudara
Salinan Sijil Lahir Ibu/Bapa Yang Menunjukkan
Salinan Kad Pengenalan Bapa/Suami/Penjaga
Jabatan Pendaftaran Negara
Wisma Putra
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung Dan Salinan Kad PengenalanPesuruhjaya Sumpah
Wisma Putra
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram