tips dapatkan makanan halal saat melancong ke luar negara

Tips Bantu Anda Dapatkan Makanan Halal Saat Bercuti di Luar Negara

Dikemas Kini: 27 Julai 2023
Surga Route

Apabila melancong di negara luar, ada masanya sukar untuk mencari makanan yang halal. Apatah lagi jika bercuti di negara yang majoriti masyarakatnya tidak beragama Islam.

Tip Ini Bantu Cari Makanan Halal Semasa Travel Luar Negara. Benda Boleh Elak Buat Apa Makan Yang Haram!

Entri kali ini memberi tip bagaimana mahu makan halal sepanjang pengembaraan anda.

  • Cari restoran yang mempamerkan logo pensijilan Halal di premis mereka. Anda boleh mendapatkan info mudah mengenai restoran halal di internet. Pilihan kedua andai tiada restoran halal ialah mencari restoran yang menyediakan makanan berunsurkan seafood dan makanan vegetarian. Pun begitu, berhati-hati agar tiada penggunaan alkohol, wain dan minyak haiwan yang digunakan.
  • Bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel. Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan untuk produk semula jadi (buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu dan lain-lain).
  • Pek makanan ringan yang halal dan sihat seperti oat untuk mengelakkan anda dari kelaparan. Kekacang, buah-buahan kering dan sesetengah makanan ringan mampu membantu anda untuk kekal kenyang sepanjang malam. Jika tidak, mi segera adalah pilihan yang mudah dan mengenyangkan.
  • Pelajari dan kenali istilah dan nama-nama lain bagi khinzir yang digunakan dalam menu makanan Itali, Mexico, Perancis dan sesetengah restoran barat bagi membantu anda membuat pemilihan makanan dengan mudah.
  • Jika terpaksa makan di luar, pilih makanan vegetarian atau seafood yang dirasakan tidak mengandungi kandungan babi atau alkohol. Anda boleh bertanya kepada pelayan dengan lebih lanjut mengenai penyediaan makanan setelah mengimbas menu dan memberi sedikit ‘guide’ kepada pelayan mengenai diet halal.
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram