tips percutian bersama anak anak ketika musim dan cuaca tidak menetu

Tips Bercuti Bersama Anak Ketika Musim Cuaca Tidak Menentu

Dikemas Kini: 23 Disember 2023
Surga Route

Cuaca yang tidak menentu ketika ini dengan hujan dan panas silih berganti membuatkan banyak perancangan yang sudah disusun terpaksa di tunda atau dibatalkan terus.

Percutian dirancang bersama anak pada cuti sekolah yang belum berakhir ini juga masih tidak dilaksanakan dek musim hujan.

Bagi ibu bapa, menunda atau membatalkan percutian kerana cuaca yang tidak menentu ini adalah keputusan yang terbaik demi menjaga kesihatan anak-anak. Namun, bagi mereka, ia adalah sesuatu yang cukup mengecewakan.

Menyaksikan titisan air hujan dari tingkap kereta, dalam penerbangan, bas, hotel atau di mana saja antara pengalaman paling menarik ketika hari hujan.

Justeru, bagi tidak mengecewakan si kecil yang sudah lama menunggu saat percutian lakukan perancangan teliti termasuk pilihan destinasi bersesuaian dengan keadaan cuaca dan aktiviti dirancang, bercuti ketika musim hujan sesuatu cukup menyeronokkan.

Secara tidak langsung, anda juga berpeluang merasai pengalaman baru dan melihat aktiviti masyarakat tempatan di lokasi percutian saat musim hujan. Tapi, sebelum itu berikut tip melancong bagi membantu anda yang sedang merancang atau bakal bercuti ketika musim hujan ini.

1. Perancangan awal

Buat perancangan awal untuk persediaan sebarang kemungkinan yang berlaku terutama di musim hujan ini. Anda juga boleh menyediakan beberapa alternatif lain ketika hujan lebat dengan menyediakan permainan di dalam bilik penginapan sahaja supaya anak-anak tidak bosan sementara menunggu hujan reda.

2.Persediaan selengkapnya

Ini termasuk membawa payung, jaket dan kasut kalis air bagi semua ahli keluarga terutama si kecil. Sesetengah orang berpendapat membawa payung tidak praktikal, tetapi ada pula yang membawanya kerana mereka lebih nyaman pada musim hujan. Jika anda tidak mahu membawa payung, pastikan jaket yang dipakai bersesuaian dengan cuaca

3.Rancang percutian bersama anak

Ketika merancang percutian, babitkan anak dalam perancangan. Ia membuatkan mereka rasa lebih dihargai. Perancangan juga secara tidak langsung membuatkan mereka lebih kreatif dan peka terhadap percutian pada musim hujan yang memerlukan perhatian khusus. Pembabitan anakanak dalam perancangan percutian dengan cuaca basah juga membuatkan mereka sentiasa bersedia dengan pelbagai perkara terutama ketika sesuatu rancangan itu terpaksa dibatalkan.

4.Pilih tempat yang sesuai

Pilih tempat menarik yang mudah mendapat kemudahan awam. Bermakna anda sekeluarga tidak terlalu lama berjalan dan mengambil risiko kehujanan.

5.Bawa ubat bersesuaian

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika melancong di musim hujan ini, bawalah ubat bersesuaian untuk kegunaan anda sekeluarga

terutama anakanak. Ubat selesema dan batuk adalah satu keutamaan kerana penyakit itu senang menyerang pada musim hujan. Cari juga maklumat mengenai klinik terdekat di destinasi yang dituju untuk tujuan kecemasan.

6.Pastikan kasut atau selipar dibawa atau dipakai tidak licin

Ada beberapa jenis kasut dan selipar biarpun mempunyai bentuk yang menarik dan popular, ada yang tidak sesuai dipakai ketika musim hujan. Dapatkan alas kaki yang sesuai.

7.Tenang, relaks dan santai

Walaupun musim hujan, jangan tertekan atau kecewa dengan keadaan. Percutian saat mengembirakan. Oleh itu, nikmatilah saat indah bercuti bersama anak-anak yang sememangnya menjanjikan kenangan terindah buat anda sekeluarga.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram