tips mencari makanan halal saat berada di luar negara

Tips Mencari Makanan Halal Saat Melancong ke Luar Negara

Dikemas Kini: 27 Julai 2023
Surga Route

Jauh berjalan luas pemandangan. Itu yang selalu dibualkan saat merancang atau memilih percutian di luar negara. Seronok dengan pemandangan, mengenali budaya luar, bahasa dan sejarah termasuk makanan yang dinikmati penduduk tempatan negara dilawati.

Namun cabaran buat mereka yang pergi ke negara minoriti masyarakat Islam apabila sukar mencari makanan halal. Di sini dikongsikan beberapa tip buat pengembara yang bercadang ingin ke luar negara tanpa perlu toleransi dengan kelaparan:

1. Kenali logo halal

Memudahkan anda dapat menikmati hidangan pada waktunya, mulakan pencarian restoran halal di Google. Jika terdapat sijil halal semestinya menu ditawarkan boleh dinikmati. Logo halal berbeza setiap negara dan anda boleh tinjau di Internet apabila merancang ingin membuat pembelian di kedai mahupun restoran. Terdapat 84 logo Halal yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

TIPS MENCARI MAKANAN HALAL SAAT BERADA DI LUAR NEGARA

2. Pelajari perkataan ringkas berkenaan produk makanan dalam bahasa tempatan

Pastinya kita mahu tahu kandungan satu-satu makanan apakah ia mengandungi bahan yang tidak halal. Sebaiknya ambil inisiatif untuk mengetahui istilah tempatan khususnya daging termasuklah khinzir dan arak yang haram bagi orang Islam.

3. Restoran yang menghidangkan makanan mesra Muslim

Alternatif lain, anda boleh boleh memilih restoran makanan laut, timur tengah atau vegetarian. Makanan laut seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya halal untuk dinikmati. Pesan menu paling ringkas yang dimasak melalui kukusan atau rebusan. Tapi anda masih perlu berhati-hati dan ]perlu diketahui ramuan termasuk penggunaan alkohol, wain atau lemak haiwan.Contohnya penggunaan alkohol dalam kuah, sos dan perisa vanila.

Syarat yang sama juga untuk restoran vegetarian. Pesan menu paling ringkas dan tanyakan bahan dalam masakan mereka supaya tidak bercampur dengan bahan terlarang dalam Islam.Sesetengah resepi vegetarian juga menggunakan wain sebagai ramuan. Walaupun kuantiti yang digunakan adalah sedikit, tetapi ia tetap dilarang.

4. Masak sendiri atau bekalan pek makanan segera dari Malaysia

Ini antara solusi jika anda yang mahukan percutian selesa tanpa bimbang menikmati hidangan tidak halal. Mungkin anda perlu berbelanja sedikit untuk persiapan iaitu pek makanan sedia dimakan yang kini mudah didapati dan tahan lama. Bukan saja mi segera, kini terdapat pilihan lengkap iaitu nasi bersama lauk pauk tertentu boleh dinikmati tanpa perlu dimasak.

Alternatif lain bagi mereka yang tidak sukakan hidangan pek, mungkin masak sendiri sebagai langkah selamat. Biasanya ia menjadi trend kepada anda yang gemar menginap menggunakan khidmat Airnb.

5. Cari pasaraya dan Makan Buah

Pasaraya sudah tumbuh bagai cendawan di pelbagai sudut kawasan. Lebih-lebih lagi apabila anda berada di luar negara, pasar moden ini menjual pelbagai jenis keperluan. Apabila kecemasan untuk mengisi perut, sebelum mencari restoran halal, pilihan yang tepat adalah mengunjungi pasaraya. Anda boleh mendapatkan pilihan pelbagai jenis makanan], siap boleh dapatkan maklumat mengenai makanan tersebut yang dicetak pada label pembungkusan.

TIPS MENCARI MAKANAN HALAL SAAT BERADA DI LUAR NEGARA
Buah buahan menjadi alternatif terbaik ketika tidak menemukan makanan halal. Foto : bisnis.com

Tetapi kadang-kala penggunaan bahasa dan label di pembungkusan makanan tidak ditulis dalam bahasa inggeri, jadi cuba pilih pelbagai jenis buah-buahan sebagai alternatif terbaik. Selain melegakan perut, makan buah menjadikan badan lebih sihat dan sebagai pengganti menu makan malam pakej diet.

6. Cari Masjid

Masjid merupakan salah satu kawasan tumpuan bagi musafir Islam ketika berada di luar negara atau tempat tarikan pelancong. Kebiasaannya di sekitar masjid terdapat masyarakat Islam dan sudah pasti ada gerai halal disediakan. Seperti di Masjid Islam Kobe, Jepun, anda boleh mencari makanan atau restoran Muslim dan halal di sekitar masjid dengan mudah. Ini juga sama di bandar Beijing, lebih tepat lagi di Masjid Niu Jie, di sekitarnya terdapat restoran dan pasar raya makanan halal. Cuba cari dengan melihat nama restoran yang dibenamkan dengan tulisan Arab.

TIPS MENCARI MAKANAN HALAL SAAT BERADA DI LUAR NEGARA
Masjid Jepang di daerah Kobe menjadi salah satu serbuan traveler muslim. Foto via clozette.com

Kalau tak jumpa restoran halal, bila di masjid, boleh berhubung dengan beberapa orang Islam apabila selesai solat. Apabila rezeki tiba, anda boleh diajak singgah dan makan secara percuma di rumah mereka.

7. Browsing soal Restoran Halal

Sebelum melancong, perkara yang paling penting ialah mencari maklumat daripada pelbagai sumber dan rakan-rakan yang berpengalaman supaya tidak tersesat. Banyak info yang memberi ulasan tentang restoran halal di pelbagai tempat. Jadi, apabila anda tiba di lokasi, jangan teragak-agak untuk bertanya soalan dan menyertai komuniti setempat! Kerana dalam komuniti anda akan dapati banyak maklumat tentang melancong yang menjadikannya sangat mudah untuk anda bergerak.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram