travel dengan kad kredit

Travel Guna Kad Kredit Lebih Baik ! Ini Sebabnya

Dikemas Kini: 22 Ogos 2023
Surga Route

Ramai dari kita menukar matawang asing apabila nak travel. Tapi sebenarnya, tahu tak travel dengan menggunakan kad kredit lebih baik ? Mari kita explore kelebihan guna kad kredit untuk perjalanan anda.
 

1. Dapatkan Ganjaran Tanpa Henti
 

image 87

Anda tak boleh sebut kad kredit tanpa terfikir pasal ganjaran dan faedah yang ada. Contohnya, dengan "airline miles," anda boleh terbang percuma! Atau korang boleh dapatkan naik taraf penerbangan dengan harga lebih murah, dapat ekstra bagasi, peluang masuk ke ruang istirehat premium (lounge) dan macam-macam lagi. Dengan program mata ganjaran, yang anda perlu buat cuma beli je, kumpul mata, pastu boleh tebus ganjaran.
 
 

2. Melancong dengan Hati Tenang
 

image 88

Secara jujurnya - melancong boleh jadi seronok tapi ianya juga boleh jadi menakutkan. Tapi kalau anda ada kad kredit yang menawarkan servis bantuan kecemasan, mereka boleh tolong dengan rujukan perubatan, pengangkutan, dokumen hilang, bantuan guaman, dan duit tunai kecemasan. Bukan tu je, anda juga boleh dapat sokongan pelanggan 24/7 yang boleh korang hubungi bila-bila masa untuk apa-apa pun dari kad hilang sampai nak tukar tempahan.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram