visa ziarah arab saudi visa umrah visa pelancong

Visa Ziarah ke Arab Saudi. Penerangan dan Perbezaan Berbanding Visa Umrah

Dikemas Kini: 9 Februari 2023
Surga Route

Apa itu Visa Ziarah

Visa ziarah adalah visa yang memberi kemudahan kepada pelancong untuk melancong dengan bebas tanpa terikat dengan peraturan yang ditetapkan kepada pemilik Visa Umrah oleh Kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, harga visa ziarah adalah lebih murah berbanding dengan visa umrah.

Visa Ziarah ke Arab Saudi. Penerangan dan Perbezaan Berbanding Visa Umrah

Oleh kerana itu, ramai orang memilih visa ziarah untuk menunaikan umrah berbanding dengan visa umrah.

Perbezaan antara Visa Umrah dan Visa Ziarah

Antara perbezaan antara visa umrah dan visa ziarah adalah:

1. Atur Cara Perjalanan

Visa Umrah: Perjalanan diatur dan dikendali oleh ejen pelancongan Arab Saudi (Muassasah).

Visa Ziarah: Pelawat bebas membuat kunjungan ke mana-mana tempat berdasarkan peraturan terkini.

2. Solat Lima Waktu di Masjidil Haram, Ziarah Makam Nabi dan Solat di Raudah di Masjid Nabawi

Visa Umrah: Sekurang-kurangnya satu slot diaturkan terlebih dahulu. Boleh menempah lebih banyak slot menerusi aplikasi Etamarna.

Visa Ziarah: Tiada slot diaturkan. Jemaah perlu membuat tempahan sendiri menerusi aplikasi Etamarna.

3. Keperluan Mahram

Visa Umrah: Memerlukan mahram (bagi wanita).

Visa Ziarah: Tidak memerlukan mahram.

4. Tempoh Sah Visa

Visa Umrah: Tempoh sah visa 30 hari.

Visa Ziarah: Tempoh sah visa 360 hari; setiap lawatan dihadkan 90 hari.

5. Tujuan Visa

Visa Umrah: Hanya untuk umrah sahaja.

Visa Ziarah: Boleh digunakan untuk umrah dan lain-lain.

Visa Ziarah ke Arab Saudi. Penerangan dan Perbezaan Berbanding Visa Umrah

Jadi, anda dah tahu perbezaan visa umrah dan visa pelancong? Fikir dulu sebelum membuat keputusan.

Jika anda menggunakan servis ejen pelancongan, pastikan maklumat itu betul untuk mengelakkan permasalahan berlaku

4.5 2 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram