harga tiket zoo melaka & taman burung night safari ticket price for adult and kids foreigner citizen

Waktu Operasi & Harga Tiket Zoo Melaka [Terkini 2023]

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat lebih dari 1,200 ekor haiwan yang terdiri dari 214 spesies haiwan yang boleh ditemui di Asia Tenggara, Australia dan Afrika secara semula jadi.

Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 hektar di Ayer Keroh, dalam tahun 1963 namun kini telah berkembang menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara dengan sejumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia dipamerkan.

Dahulu, antara tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa tetapi kini tarikan utama Zoo Melaka adalah harimau putih, gajah, harimau belang, mandril dan Dinasour Encounter.

Jika anda merancang untuk melawat tempat tarikan ini, ini yang anda perlu tahu :

Waktu Operasi & Harga Tiket Masuk Zoo Melaka

harga tiket zoo melaka & taman burung night safari ticket price for adult and kids foreigner citizen
Kredit @Zoo Melaka & Taman Burung via Facebook

Zoo Melaka beroperasi setiap hari bermula 10.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat) dan 9.00 pagi sehingga 6.00 petang (Sabtu & Ahad)

Night Safari pula hanya beroperasi pada hari Jumaat & Sabtu bermula pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Namun Night Safari berkemungkinan dibatalkan jika hari hujan. Jadi, anda dinasihati untuk merancang sebaiknya perjalanan anda dan menghubungi pihak Zoo Melaka untuk info semasa.

Kadar tiket adalah RM38 untuk dewasa dan RM31 untuk kanak-kanak. Manakala untuk warga emas ialah RM31, OKU dewasa RM31, dan OKU kanak-kanak ialah RM26. Untuk lebih mudah, rujuk jadual di bawah :

Dewasa-Mykad 
   * Umur 13-59
   RM 38.00   Dewasa - MyKad (Night Safari)  
   * Umur 13-59
   RM 38.00
Kanak-Kanak - MyKid  
   * Umur 4-12
   RM 31.00   Kanak-Kanak  - MyKid (Night Safari)  
   * Umur 4-12
   RM 31.00
   Warga Emas - MyKad      RM 31.00  Warga Emas - MyKad Holder (Night Safari)      RM 31.00
   Dewasa Warga Asing
   * Umur 13-59
   RM 81.00
   
   Dewasa Warga Asing (Night Safari)  
   * Umur 13-59
   RM 81.00
   
   Kanak-Kanak Warga Asing
   * Umur 4-12
   RM 59.00
  
   Kanak-Kanak Warga Asing   (Night Safari)  
   * Umur 4-12
   RM 59.00
  
   OKU - Dewasa   RM 31.00   OKU -  Dewasa (Night Safari)     RM 31.00
   OKU - Kanak-Kanak  
   * Umur 4-12
   RM 26.00   OKU - Kanak-Kanak  (Night Safari)  
   * Umur 4-12
   RM 26.00
harga tiket zoo melaka & taman burung night safari ticket price for adult and kids foreigner citizen
Kredit @Zoo Melaka & Taman Burung via Facebook

Harga tiket untuk Night Safari adalah sama seperti tiket masuk untuk sesi siang. Jadi anda boleh pilih masa yang bersesuian mengikut jadual serta kelapangan masing-masing.

Namun, jika kadar harga tiket yang dipaparkan seperti mahal untuk anda, apa kata jika semak pembelian tiket secara atas talian melalui pautan ini

TIKET MURAH KE ZOO MELAKA & TAMAN BURUNG [ NIGHT SAFARI]

Kadar tiket bagi pengunjung berkumpulan seperti golongan korporat, sekolah, dan golongan khas juga adalah berbeza. Rujuk sini untuk info lanjut.

Selain belian tiket di kaunter, korang juga boleh membeli tiket secara atas talian. Lihat sini untuk tempahan tiket.

Info Lanjut : https://www.zoomelaka.gov.my/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/zoomelakaofficial/

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/zoomelakaofficial/

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram