wanita ini kongsi cara perbaharui passport semudah abc !

Wanita Ini Kongsi Cara Perbaharui Passport Semudah ABC !

Dikemas Kini: 4 Mei 2023
Surga Route

Alhamdulillah selesai renew pasport semudah ABCTak sampai 10 minit pun dah boleh ambil pasport baru hari ini. Jom Nana kongsikan step by step. Daripada proses permohonan online sampai ke proses pickup passport.

Wanita Ini Kongsi Cara Perbaharui Passport Semudah ABC !

Sediakan Gambar

1) Sediakan gambar ukuran pasport - boleh pergi kedai gambar untuk ambil gambar atau nak gambar sendiri and edit back ground sendiri pun boleh (mine ambil kat kedai gambar untuk keselamatan).

✅ Tudung gelap

✅ Back ground putih

✅ Natural makeup

✅ Senyum tanpa gigi

❌ Lens berwarna

❌ Rambut / tudung cover kawasan muka

Buka Laman Web Jabatan Imigresen

2) Kemudian buka laman ini

Untuk muatnaik gambar, masukkan data peribadi, lokasi ambil passport & bayaran passport (renewal - RM200, warga emas RM100 ) - WAJIB SAVE RESIT

Boleh pilih nak collect pasport di mana nanti. Lebih baik cari tempat berdekatan anda.

Tunggu Emel Kelulusan

3) Lepas submit - tunggu email KELULUSAN dari jabatan imigresen (permohonan Nana lulus dalam 30 minit sahaja)

Wanita Ini Kongsi Cara Perbaharui Passport Semudah ABC !

Ambil di Pejabat Imigresen Yang Dipilih

4) Bila dah LULUS, print dan bawa resit bayaran tadi ke pejabat imigresen yang anda pilih online tadi. (print sendiri untuk memudahkan kerja tapi di UTC kk, ada counter printing di entrance bangunan)

5) Bila sampai pejabat imigresen tidak perlu ambil nombor, letakkan resit bayaran anda di “tray” counter serahan passport (UTC KK kaunter 11)

✅ Resit bayaran

✅ Pasport lama

✅ IC

Walaupun ada notis 1 jam untuk siap, jangan ke mana-mana sebab masa Nana nak ambil tu tak sampai 10 minit dah dipanggil nama & boleh dapatkan passport baru.

Senang kan?

Wanita Ini Kongsi Cara Perbaharui Passport Semudah ABC !

Inilah cara paling mudah & cepat untuk renew passport. Sebab Nana di Kudat, jauh untuk ke KK (pasport siap serta merta kalau buat di KK).

Tinggal isi online, dpt email kemudian collect tanpa perlu beratur panjang. Ramai juga manusia di UTC untuk urusan pasport tadi.

Tapi bila buat online tinggal datang dan collect tanpa tunggu berjam untuk giliran bergambar dan sebagainya. Alhamdulillah ????

Perkongsian: Wan Nurdiana (FB)

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram