wetland studios taman edupelancongan tertutup wajib pergi di putrajaya

Wetland Studios : Taman Edupelancongan Tertutup Wajib Pergi di Putrajaya !

Dikemas Kini: 5 Jun 2023
Surga Route

Memang cun kalau ada lokasi boleh bawa anak-anak berjalan-jalan sambil belajar menghargai alam sekitar. Tapi, kalau nak bawa ke taman, sekarang musim panas pula kan. Memang tak digalakkan untuk aktiviti luar.

Nasib baik sekarang ada satu pusat edupelancongan tertutup yang baru dibuka dan dijayakan oleh KRU Studios. Ini adalah Wetland Studios Putrajaya, dibuka bermula 26 Mei 2023.

Wetland Studios : Taman Edupelancongan Tertutup Wajib Pergi di Putrajaya !

Wetland Studios Putrajaya  merupakan kerjasama di antara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn.  Bhd. di mana KRU dilantik sebagai rakan kerjasama bagi pengoperasian Wetland Studios Putrajaya.

Terletak kawasan air tawar tropika buatan manusia terbesar di iaitu Taman Wetland Putrajaya, Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah  taman tema didik-hibur dalaman berhawa dingin berteraskan teknologi.

Tarikan terbaru ini menawarkan tarikan dan kandungan bertemakan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar selain menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat, serta flora  dan fauna.

wetland putrajaya Wetland Studios : Taman Edupelancongan Tertutup Wajib Pergi di Putrajaya !

Melalui pengalaman hibrid secara maya dan fizikal, para pengunjung akan mendalami tentang sejarah bumi, peranan penting air serta ekosistem  pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga, pokok,  bunga dan lain-lain. 

Memang seronok dapat bawa anak-anak jalan-jalan sambil menerokai alam semulajadi yang hebat melalui kaedah yang unik dan terbaru, memang seiring dengan perkembangan teknologi alaf baru.

Antara pengalaman menarik menanti pengunjung adalah immersive reality di Wetland Studios Putrajaya merangkumi  aset fizikal seperti animatronik, replika dan hiasan berkonsepkan alam semula  jadi; teknologi seperti hologram, Augmented Reality (AR) serta Virtual Reality (VR).

Ada juga kandungan digital yang menampilkan pelbagai watak animasi  termasuk Zan Orang Utan (filem animasi terbitan KRU dan Astro Shaw yang  bakal menemui penonton pada tahun 2024) dan KiKaKo Kids (kerjasama  bersama Universal Music) yang kini didalam proses penerbitan sebagai siri  televisyen.

Pengunjung juga boleh juga menemui watak animasi dan mempelajari pelbagai spesies hidupan termasuk makhluk pupus seperti T-rex dan sebagainya.

Wetland Studios : Taman Edupelancongan Tertutup Wajib Pergi di Putrajaya !

Bagi fasa pertama iaitu tempoh pra-pelancaran mulai 26 Mei lalu 31  Ogos ini, 12 ruangan kini dibuka iaitu InsectopiaDinosaur  EncounterStegodon Big BreakCaventureJungle Jive, Sky Sanctuary, Flamingo ParadeSky Dreams VR, ArtopiaAviary ArchiveEduPlay Centre dan Migration in Motion.

Harga Tiket Wetland Studios Putrajaya

Wetland Studios : Taman Edupelancongan Tertutup Wajib Pergi di Putrajaya !

Sepanjang tempoh pra-pelancaran, Wetland Studios Putrajaya menawarkan  harga istimewa kepada pengunjung serendah RM12 bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

Wetland Studios Putrajaya bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan  September 2023 dengan pembukaan kesemua 15 ruangan termasuk tarikan  tambahan PanoramaLakes & Rivers dan Majestic Ocean.  

Waktu Operasi Wetland Studios Putrajaya

Wetland Studios : Taman Edupelancongan Tertutup Wajib Pergi di Putrajaya !

Wetland Studios Putrajaya beroperasi dari 10 pagi hingga 7 petang setiap hari termasuk hujung minggu  dan cuti awam. 

Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Wetland Studios  Putrajaya atau secara atas talian di laman sesawang www.wetlandstudios-putrajaya.com.

Jadi tunggu apa lagi, ayuhlah ke Wetland Studios di Putrajaya.

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram