garden of lights 2 tarikan unik yang anda boleh terokai di lost world of tambun ! luminous forest lot world of tambun glamping@ lost world of tambun

2 Tarikan Unik Yang Anda Boleh Terokai di Lost World of Tambun !

Dikemas Kini: 13 Januari 2024
Surga Route

Jika anda belum pernah atau sudah lama tidak ke Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh, mungkin anda sudah boleh buat perancangan untuk ke sana selepas ini.

Taman tema Lost World Of Tambun yang berlatarkan pemandangan landskap alam semula jadi yang indah mempunyai banyak tarikan. Namun bagi kami, ini 2 tarikan paling unik yang perlu anda cuba iaitu Luminous Forest dan Glamping @ Lost World Of Tambun.

1. Lumious Forest @ Lost World Of Tambun

Eshno at Lights Of Aiyana Garden of Lights 2 Tarikan Unik Yang Anda Boleh Terokai di Lost World of Tambun !  Luminous Forest Lot World of Tambun Glamping@ Lost World of Tambun
Eshno at Lights Of Aiyana

Lumious Forest pastinya akan memberikan pengalaman memasuki hutan yang baru buat anda. Mana tidaknya, selalunya kita mengadakan aktiviti jungle trekking pada waktu siang sahaja dan tak berani menerokai hutan pada waktu malam disebabkan gelap dan bahaya binatang buas.

Namun, di Luminious Forest ini anda akan dapat melihat keindahan alam yang akan diserikan dan ‘dihidupkan’ oleh sinaran lampu neon dan cahaya pantulan di sekeliling taman ini.

Bridge of Luminosa yang terapung di atas tasik akan menyambut anda setibanya anda ke hutan ini dan anda akan dibawa menyusuri hutan magikal ini. Macam berada dalam filem Avatar pun ada bila masuk ke Luminous Forest ini.

Luminous Forest ini turut dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya Gardens Of Light, Wapi Springs, Mother Sophea, Thrones of Malayana, Shadow Fangs dan banyak lagi. Pendek kata, anda kena datang dan cuba sendiri menyusuri hutan ini. Memang lain daripada yang lain dan tiada di tempat lain!

Garden of Lights 2 Tarikan Unik Yang Anda Boleh Terokai di Lost World of Tambun !  Luminous Forest Lot World of Tambun Glamping@ Lost World of Tambun
Garden of Lights
Mother Sophea 2 Tarikan Unik Yang Anda Boleh Terokai di Lost World of Tambun ! Garden of Lights 2 Tarikan Unik Yang Anda Boleh Terokai di Lost World of Tambun !  Luminous Forest Lot World of Tambun Glamping@ Lost World of Tambun
Mother Sophea
ShadowfangGarden of Lights 2 Tarikan Unik Yang Anda Boleh Terokai di Lost World of Tambun !  Luminous Forest Lot World of Tambun Glamping@ Lost World of Tambun
Shadowfang
Throne of Malayana Garden of Lights 2 Tarikan Unik Yang Anda Boleh Terokai di Lost World of Tambun !  Luminous Forest Lot World of Tambun Glamping@ Lost World of Tambun
Throne of Malayana
Toadstool Field Garden of Lights 2 Tarikan Unik Yang Anda Boleh Terokai di Lost World of Tambun !  Luminous Forest Lot World of Tambun Glamping@ Lost World of Tambun
Toadstool Field
Wapi Springs
Wapi Springs

2. Glamping @ Lost World Of Tambun

LWOT – Glamping (7)

Mahu glamping di satu tempat yang indah sambil dikelilingi hutan tropika dan bukit batu kapur berusia 400 juta tahun? Anda boleh cuba di Lost World Of Tambun.

Anda tidak perlu meninggalkan keselesaan untuk merasai pengalaman glamping yang awesome di sini. Malah, khemah anda juga nanti turut akan mempunyai soket untuk anda cas telefon pintar anda serta pelbagai kemudahan lain yang anda boleh dapat di bilik hotel.

Glamping di Lost World Of Tambun bakal memberikan anda satu pengalaman yang lebih hebat di mana anda boleh berehat di khemah mewah sambil menikmati keindahan hutan di sini. Anda turut akan mendapat akses ke Lost World of Tambun dan Lost World Hot Springs & Night Park secara percuma.

Inilah masa terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati keindahan alam semula jadi. Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat secara lebih dekat haiwan di Petting Zoo di mana anda oleh beri makan serta menyentuh haiwan exotic yang terdapat di sini.

LWOT – Glamping (1)
LWOT – Glamping (2)

Itulah dua aktiviti menarik yang boleh anda cuba sekiranya anda ke Lost World Of Tambun. Disebabkan ianya berada di Ipoh, bukan sahaja anda boleh berhibur di sini, tetapi jalan-jalan di bandar Ipoh yang menawarkan makanan yang pastinya sedap-sedap belaka.

Segala informasi lanjut tentang Lost World of Tambun boleh didapati di sini. Sekiranya anda berminat untuk glamping di sini pula, anda boleh tekan di sini. Jangan lupa untuk selfie banyak-banyak bila anda glamping di sini!

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram