tips elakkan kesesakan terutama ketika musim perayaan

5 Tips Yang Anda Boleh Lakukan Bagi Mengelakkan Terperangkap Dalam Kesesakan Jalanraya !

Dikemas Kini: 1 April 2024
Surga Route

Anda risau tak jika perlu lalu jalan yang sesak menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti? Maklumlah, ketika ini ramai orang mengambil peluang yang ada untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Walau bagaimanapun, ada caranya untuk mengelakkan kenderaan anda dari terlibat dengan kesesakan jalan raya, anda boleh ikut 5 tips mudah di bawah:

1. Elakkan masa puncak

Anda pasti pernah dengar nasihat ini daripada ramai orang. Ya, anda perlu elak dari menggunakan jalan raya pada waktu puncak. Ini adalah langkah yang terbaik boleh dilakukan apabila anda tinggal di bandar yang sering sesak dan kampung anda terletak jauh di negeri lain.

image 3

Bagi yang menggunakan lebuh raya PLUS, PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan balik kampung pada musim perayaan. Jadi, anda boleh ikut TTA yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan jalan.

2. Semak laluan alternatif di peta & guna GPS

Pastikan anda tahu laluan alternatif untuk ke destinasi anda. Hal ini berguna jika anda tidak boleh lari dari menggunakan jalan raya pada waktu puncak. Laluan alternatif cenderung menjadi kurang sesak, tapi ada kemungkinan tempoh perjalanan menggunakan laluan itu lebih lama berbanding jalan raya utama. Tapi, cara ini boleh menjimatkan masa anda apabila jalan utama itu dipenuhi kenderaan.

Anda juga boleh menggunakan sistem GPS pada telefon pintar untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan serta-merta. Jika anda tidak tahu perjalanan alternatif, anda boleh periksanya di aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze. Anda boleh tukar laluan dengan cepat apabila GPS memberitahu anda tentang kesesakan.

3. Ikuti perkembangan lalu lintas

Apabila anda ingin mengelak kesesakan jalan raya, pastikan juga kenderaan anda tidak menambah kesesakan. Peka dengan pertukaran lampu isyarat, jangan sampai seseorang membunyikan hon kepada anda! Jangan menggunakan telefon ketika memandu, kerana anda berpotensi terlepas lampu isyarat hijau. Perkara ini nampak kecil, tapi ia cenderung menambah kelewatan anda dan juga orang lain.

4. Guna motor atau pengangkutan awam

Pada waktu jalan raya sesak, motosikal mungkin boleh menjadi penyelamat anda. Kenderaan dua roda hanya memerlukan ruang minimum, ia boleh digerakkan dengan mudah dan anda boleh menukar lorong dengan cepat. Ia boleh bantu anda tiba lebih cepat ke destinasi.

Anda boleh juga gunakan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity untuk elak menempuh kesesakan jalan. Tapi pastikan anda buat tempahan tiket secepat mungkin kerana bimbang perkhidmatan ini diguna ramai.

5. Dengar radio

Dengan mendengar radio juga anda boleh mengelak sebarang kesesakan jalan raya dengan mudah. Hal ini kerana radio ada menyiarkan status dan keadaan trafik. Apabila anda tahu sesebuah jalan itu sesak, bolehlah anda putuskan untuk guna laluan lain. Selain mendengar radio, anda boleh juga buka laman web saluran radio atau gunakan APP mereka. Contohnya di laman web Hot fmEra fmSinar fm dan Ikim fm.

Di samping itu, jangan perlahankan kenderaan hanya untuk melihat aktiviti yang berlaku di jalan raya, contohnya apabila pasukan paramedik sedang menyelamatkan mangsa kemalangan. Hal ini akan mengakibatkan anda memperlahankan semua pemandu lain dibelakang. Pastikan juga anda servis kenderaan sebelum memulakan perjalanan untuk dapatkan pemanduan yang lancar. Dengan lakukan tips ini, anda boleh mengelak dari kesesakan jalan raya dan tiba di kampung halaman dengan selamat.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram