psc klia1 revised fare

Caj Perkhidmatan Penumpang Dirombak, Penumpang Antarabangsa Berlepas dari KLIA1 Perlu Bayar RM73 Bermula 1 Jun Ini !

Dikemas Kini: 28 Mac 2024
Surga Route

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia / Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) mengumumkan bahawa mereka telah merombak semula tarif untuk caj perkhidmatan penumpang / Passenger Service Charge (PSC).

Tarif baharu tersebuat akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2026. Tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Berdasarkan kadar PSC baharu, PSC ASEAN dan destinasi melangkau ASEAN telah digabungkan menjadi PSC antarabangsa tunggal.

Kadar yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – RM73
  • Terminal 2 KLIA (berserta lapangan terbang lain) – RM50

Berikut adalah perincian rombakan tarif yang telah dilakukan :

Jadual 1: Kadar PSC semasa dan kadar pindaan bagi pelepasan dari lapangan terbang di Malaysia

Sumber: MAVCOM

Jadual 2: Kadar PSC semasa dan kadar pindaan untuk pelepasan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (JHB)

Sebagai perbandingan, Kadar PSC semasa ASEAN dan destinasi melangkau ASEAN masing-masing pada RM35 dan RM73.

  • Perjalanan domestik melalui semua lapangan terbang – RM7,
  • Perjalanan antarabangsa melalui Terminal 1 KLIA – RM42
  • Perjalanan antarabangsa melalui Terminal 2 KLIA dan lapangan terbang lain – RM29
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram