hobbitoon village simpang pulai perak

Dah Tak Perlu Nak ke Luar Negara ! Perkampungan Ala Hobbit Kini Dibuka Berdekatan Cameron Highlands !

Dikemas Kini: 6 Januari 2024
Surga Route

Kalau anda pernah menonton filem ‘Lord of The Rings’, mesti anda tahu perkampungan orang-orang kerdil di dalam filem tersebut. Tarikan seolah-olah perkampungan Hobbit tu ada dibuka di dunia sebenar, tetapi bertempat di New Zealand.

Sekarang, anda dah tak perlu lagi nak terbang jauh ke New Zealand untuk merasai suasana perkampungan Hobbit kerana tarikan yang sama kini dibuka berdekatan Cameron Highlands !

Baru-baru ini, satu lagi tarikan terbaharu telah dibuka pada hari pertama tahun 2024 iaitu Rumah Hobbit yang diberi nama ‘Hobbitoon Village’ dibina seakan-akan perkampungan orang kerdil.

Dengan keadaan suasana yang sejuk dan berkabus, Rumah Hobbit itu memberi gambaran seperti anda berada dalam filem ‘Lord of The Rings’ dan ‘The Hobbit’. Macam betul sungguh!

Dah Tak Perlu Nak ke Luar Negara ! Perkampungan Ala Hobbit Kini Dibuka Berdekatan Cameron Highlands !
Sumber: Instagram @hobbitoon_village

Walaupun lokasinya berdekatan dengan Cameron Highlands, namun tempat ini sebenarnya masih lagi terletak di Simpang Pulai, dalam negeri Perak. Lokasinya tidak jauh dari Petronas Jalan Simpang Pulai-Lojing. Kira-kira 30 Kilometer saja.

Jadi, dalam perjalanan nak ke Cameron Highlands anda pasti akan melalui kawasan ini dahulu.

Dah Tak Perlu Nak ke Luar Negara ! Perkampungan Ala Hobbit Kini Dibuka Berdekatan Cameron Highlands ! Hobbitoon Village Simpang Pulai
Sumber: Instagram @hobbitoon_village

Kalau anda jenis yang suka bergambar, tempat ini mempunyai banyak lokasi menarik untuk korang ber-OOTD sambil menikmati pemandangan menarik.

Boleh juga mencipta semula gambar seperti adegan dalam filem The Hobbit. Reka bentuk dan warna rumah juga hampir sama seperti rumah Bilbo Baggins.

Dah Tak Perlu Nak ke Luar Negara ! Perkampungan Ala Hobbit Kini Dibuka Berdekatan Cameron Highlands ! Hobbitoon Village Simpang Pulai
Sumber: Instagram @hobbitoon_village
Dah Tak Perlu Nak ke Luar Negara ! Perkampungan Ala Hobbit Kini Dibuka Berdekatan Cameron Highlands ! Hobbitoon Village Simpang Pulai
Sumber: Instagram @hobbitoon_village

Harga Tiket Masuk Hobbitoon Village

Kepada anda yang berminat untuk bawa ahli keluarga atau datang bersama rakan-rakan, berikut adalah harga tiket masuk ke Rumah Hobbit ini.

  • Dewasa (RM40)
  • Kanak-kanak (RM20)
Dah Tak Perlu Nak ke Luar Negara ! Perkampungan Ala Hobbit Kini Dibuka Berdekatan Cameron Highlands ! Hobbitoon Village Simpang Pulai
Sumber: Instagram @hobbitoon_village

Alamat: Hobbitoon Village, PT, 24735, Mukim, 31300, Perak.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 9:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Maklumat lanjut tentang Hobbitoon Village, boleh klik [DI SINI].

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram