hotel di jepun ini tawar bilik penginapan serendah rm4.95 semalam tetapi ini syarat pelik yang anda perlu setuju cheap hotel in japan but they will record you live in youtube

Hotel Di Jepun Ini Tawar Bilik Penginapan Serendah RM4.95 Semalam ! Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

Dikemas Kini: 13 Januari 2024
Surga Route

Jepun, sebuah negara yang maju dengan nilai matawang yang tinggi. Tentu pelik bila dapat tahu ada hotel yang murah di Jepun. Contohnya, terdapat sebuah hotel yang terletak di Bandar Fukuoka hanya mengenakan caj sekitar 130 Yen (Bersamaan RM4.95). Huish, macamana boleh murah sangat tu?

Jawapannya ada pada satu lagi 'sifat' negara Jepun yang gemarkan program hiburan berbentuk realiti yang pelik-pelik. Nak tahu tak? Hotel tersebut memang menawarkan harga murah tetapi mereka akan merakam segala perbuatan anda sepanjang berada di dalam bilik tersebut.

Jika anda bersetuju untuk menginap di sini, andaperlu membenarkan pihak hotel membuat liputan secara live di YouTube. Jadi, pengguna YouTube dapat melihat apa yang anda lakukan dalam bilik tersebut.

Hotel Di Jepun Ini Tawar Bilik Penginapan Serendah RM4.95 Semalam ! Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju Cheap Hotel in Japan But they will record you live in youtube
Sumber: SoraNews24
Hotel Di Jepun Ini Tawar Bilik Penginapan Serendah RM4.95 Semalam ! Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju Cheap Hotel in Japan But they will record you live in youtube
Sumber: SoraNews24

Wartawan SoraNews24 telah berkunjung ke hotel tersebut untuk melihat kesahihan perkara itu. Dapat dilihat rekaan bilik tersebut dalam keadaan yang baik dan seperti hotel-hotel di Jepun.

Hotel Di Jepun Ini Tawar Bilik Penginapan Serendah RM4.95 Semalam ! Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju Cheap Hotel in Japan But they will record you live in youtube

Pemilik hotel bertindak tawarkan bilik murah kerana bilik tersebut jarang disewa. Maka, untuk mengelakkan kerugian, bilik tersebut ditawarkan dengan harga yang sangat murah.

Anda boleh menonton video live di YouTube One Dollar Hotel. Sanggupkah anda tidur di hotel yang murah tetapi privasi anda dicerobohi seperti ini? Apakah pandangan anda mengenai bilik hotel tersebut?

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram