hotel pertama di gamuda cove bakal dibuka tahun 2026 !

Hotel Pertama di Gamuda Cove Bakal Dibuka Tahun 2026 !

Dikemas Kini: 13 Januari 2024
Surga Route

Dusit Hotels and Resorts akan mengoperasikan rangkaian hotel mereka yang pertama di Malaysia bertempat di Gamuda Cove apabila Hotel ASAI Gamuda Cove dengan pelaburan RM140 Juta - RM 150 Juta dibuka pada suku pertama 2026.

Hotel 280 bilik yang berstatus gaya hidup skala pertengahan tersebut akan dibina bersebelahan dengan Paya Indah Discovery Wetlands yang menawarkan pemandangan menakjubkan buat penghuni hotel ini.

Hotel Pertama di Gamuda Cove Bakal Dibuka Tahun 2026 !

Hotel ASAI Gamuda Cove akan menjadi hotel pertama di bawah jenama Dusit untuk model 'ASAI Tropical', disesuaikan khusus untuk hartanah yang terletak di kawasan keindahan semula jadi yang luar biasa.

Hotel Pertama di Gamuda Cove Bakal Dibuka Tahun 2026 !

Seperti ASAI Hotels dalam bandar Dusit yang beroperasi di Bangkok, Thailand dan Kyoto, Jepun, hotel ASAI Tropical akan menampilkan bilik-bilik yang kompak yang memberikan gabungan keperluan penting yang tersendiri, seperti katil mewah dan pancuran mandian yang menyegarkan, dilengkapi dengan ruang komunal yang menarik dan pengalaman makan yang diilhamkan secara tempatan.

Hotel Pertama di Gamuda Cove Bakal Dibuka Tahun 2026 !

Perbezaan model ini ialah penyediaan pelbagai kemudahan yang lebih luas antaranya kolam infiniti, lebih banyak tempat makan, ruang acara yang diperluaskan dan pelbagai kategori bilik yang lebih luas, termasuk kepelbagaian pilihan serta mesra keluarga.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram