tambang ktm komuter percuma

KTM Berhad Tawar Tambang Percuma 24&25 Januari Bersempena Perayaan Thaipusam !

Dikemas Kini: 28 Januari 2024
Surga Route

Beruntung orang Lembah Klang, terutamanya para pengguna pengangkutan awam tren komuter dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Tambang Percuma KTM Komuter !

Ini kerana pihak KTMB akan memberikan tambang percuma kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang selama 4 hari pada 24 dan 25 Januari ini sempena perayaan Thaipusam !

KTM Berhad Tawar Tambang Percuma 24&25 Januari Bersempena Perayaan Thaipusam !

Cara Mendapatkan Tambang Percuma KTM Komuter

Tambang percuma itu akan diberikan semasa penumpang membuat imbasan masuk dan keluar di pintu automatik (ACG) stesen destinasi dalam tempoh berkenaan.

Penumpang perlu mengakses pintu masuk dan keluar (ACG) untuk menikmati tambang tren KTM Komuter secara percuma menggunakan KTM Wallet, kad Touch 'N Go, kad MyDebit, kad kredit, tiket QR fizikal dari kaunter atau menerusi aplikasi KITS.

KTM Berhad Tawar Tambang Percuma 24&25 Januari Bersempena Perayaan Thaipusam !

Dijangkakan seramai 250,000 orang akan menggunakan perkhidmatan komuter di Lembah Klang sepanjang tempoh empat hari tersebut dengan jumlah penumpang dijangka meningkat pada hari kemuncak iaitu Hari Thaipusam pada 25 Januari.

KTM Komuter Beroperasi 24 Jam Selama 4 Hari !

Selain inisiatif itu, perkhidmatan KTM Komuter tambahan akan beroperasi tanpa henti selama empat hari bermula 23 sehingga 26 Januari, dengan 28 stesen beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh tersebut berbanding 26 stesen pada tahun lepas.

KTM Berhad Tawar Tambang Percuma 24&25 Januari Bersempena Perayaan Thaipusam !

33 perkhidmatan tambahan disediakan bagi laluan Batu Caves - Pulau Sebang - Batu Caves dan 39 perkhidmatan tambahan bagi laluan Batu Caves - Pelabuhan Klang - Batu Caves, menjadikan jumlah keseluruhan tren tambahan KTM Komuter yang disediakan pada kali ini adalah 72 perkhidmatan setiap hari.

Waktu Operasi & Kekerapan Tren KTM Komuter

Perkhidmatan KTM Komuter tambahan akan bermula seawal 9.55 malam pada 23 Jan dari Stesen Pulau Sebang ke Stesen Batu Caves dengan kekerapan setiap sejam, manakala tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Stesen Batu Caves akan bermula seawal 11.39 malam juga dengan kekerapan setiap sejam.

Tiada perkhidmatan tren tambahan dari Tanjung Malim ke Batu Caves dan sebaliknya. Bagaimanapun, pengguna dari laluan ini boleh menaiki tren komuter dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral dan membuat pertukaran tren KTM Komuter ke Batu Caves.

Perkhidmatan Bas Perantara Percuma

Bersempena sambutan perayaan Thaipusam ini juga, pihak Rapid Bus akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 24 dan 25 Jan di tiga laluan di Kuala Lumpur iaitu BC02 (Hab Bandar Pasar Seni - Batu Caves), BC03 (Stesen LRT Gombak - Batu Caves) dan BC04 (Stesen MRT Kg Batu - Batu Caves), serta satu laluan di Pulau Pinang iaitu ST01 (Jetty - Adventist).

Terdapat tiga perkhidmatan bas di Kuala Lumpur dan lima di Pulau Pinang yang akan melalui kawasan di mana acara sambutan Hari Thaipusam akan dijalankan. Maklumat mengenai laluan tersebut boleh diperoleh dengan melayari laman web myrapid.com.my

Menurut Anthony, bagi perkhidmatan bas perantara percuma ulang alik Batu Caves, pihak Rapid Bus akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi memastikan kelancaran pergerakan bas.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram