kesesakan lebuhraya aidilfitri

Lebuhraya Dijangka Sesak Menjelang Aidilfitri, Ikuti Langkah Ini Untuk Mengelaknya

Dikemas Kini: 1 April 2024
Surga Route

Sempena perayaan aidilfitri yang akan datang, tentunya ramai akan ambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi berjumpa dan berkumpul bersama saudara-mara. Pastinya kesesakan akan berlaku di lebuhraya utama di seluruh negara.

Oleh itu, pihak PLUS menggesa semua pengguna lebuhraya untuk rancang perjalanan dengan baik bagi hadapi kemungkinan berlakunya kesesakan dan tempoh perjalanan yang panjang. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk elak kesesakan adalah:

  1. Muat turun aplikasi PLUS di Play Store atau App Store, kemudian rancang perjalanan dan dapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menggunakannya
  2. Top-up awal kad Touch ‘n Go anda serta pastikan baki dalam e-wallet mencukupi bagi yang menggunakan RFID.

Sebagai alternatif, anda juga boleh ikuti laporan trafik menerusi:

  1. Twitter Plustrafik
  2. Talian PLUSLine 1800-88-0000
  3. Chatbot PUTRI
  4. Papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih.
  5. Aplikasi seperti Waze atau Google Maps untuk dapatkan laluan perjalanan yang lebih baik

Langkah bantu elak kesesakan jalan raya

Tersekat dalam kesesakan lebuhraya adalah perkara yang sangat memenatkan, maka anda boleh gunakan 5 tips ini untuk elak kesesakan jalan raya:

  1. Elakkan memandu pada masa puncak
  2. Semak laluan alternatif di peta & guna GPS
  3. Ikuti perkembangan lalu lintas seperti peka dengan pertukaran lampu isyarat
  4. Guna motor atau pengangkutan awam
  5. Dengar status dan keadaan trafik di radio

Jadi, anda bukan sahaja dapat tiba ke destinasi dengan cepat, malah anda juga tak perlu membuang masa yang lama di atas jalanraya. Tapi, sekiranya anda masih juga perlu lalu jalan yang sesak, pastikan anda ikut 5 tips pemanduan ini supaya selamat tiba ke destinasi:

  1. Pandu dengan tenang, elak memandu secara agresif contohnya kerap bertukar lorong
  2. Kekalkan jarak selamat dengan sekurang-kurangnya dua saat dengan kenderaan di hadapan
  3. Kekal fokus semasa memandu. Elak lakukan perkara yang boleh ganggu tumpuan seperti makan, tukar stesen radio atau gunakan telefon
  4. Kenalpasti titik buta sebelum tukar lorong
  5. Semak aplikasi peta pada telefon contohnya Google Maps atau Waze untuk elak dari memandu di kawasan sesak

[Sumber: Plus]

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram