wce taiping beruas opened toll free

Lebuhraya WCE Jajaran Perak Siap Sepenuhnya, Tol Percuma Selama 2 Bulan

Dikemas Kini: 27 Mac 2024
Surga Route

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas.

Lebuhraya WCE Jajaran Perak Siap Sepenuhnya, Tol Percuma Selama 2 Bulan
Kotak Hijau Adalah Jajaran WCE Yang Telah Siap

Sempena pembukaan itu, pihak konsesi bersetuju menawarkan tol percuma bagi kedua-dua arah jajaran berkenaan selama dua bulan, sehingga 11 Mei depan.

Tol percuma selama 2 bulan itu adalah kerana bulan pertama pembukaan lebuhraya ini adalah bulan Ramadan, lepas itu kita meraikan Aidilfitri yang juga kira-kira sebulan.

Free Toll On WCE For 2 Months Lebuhraya WCE Jajaran Perak Siap Sepenuhnya, Tol Percuma Selama 2 Bulan
Kredit Gambar : SoyaCincau

Pembukaan jajaran Seksyen 11 itu yang menelan belanja RM420 juta dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas yang akan mengambil masa 20 minit, berbanding 55 minit mengikut laluan biasa.

Lebuhraya WCE yang keseluruhannya bernilai RM5 bilion merupakan lebuh raya antara bandar, menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram