bmw malaysia airlines

Malaysia Airlines Lancar BMW i7 Untuk Bawa Penumpang T20 !

Dikemas Kini: 28 Januari 2024
Surga Route

Bermula 1 Februari 2024, penumpang Enrich Platinum, Business Suite dan Kelas Perniagaan yang terbang dengan Malaysia Airlines akan mendapat pengalaman tahap kemewahan yang lebih tinggi kerana mereka akan dipandu dengan bergaya dengan BMW i7 serba elektrik.

BMW i7 Malaysia Airlines
Armada BMW i7 Yang Akan Digunakan Untuk Membawa Penumpang Elit Malaysia Airlines.
Kredit : Paultan

Perkhidmatan 24 jam itu menawarkan pilihan perjalanan yang mampan dan premium secara eksklusif untuk penumpang Malaysia Airlines, sebagai tambahan kepada pemindahan Bas Premium yang kini disediakan oleh pengendali lapangan terbang berikutan penggantungan sementara perkhidmatan aerotrain.

malaysia airlines bmw private transfer
Salah satu kenderaan BMW i7 yang akan digunakan bagi memindahkan penumpang Malaysia Airlines. Kredit : Paultan

Kenderaan BMW i7 akan digunakan untuk melayani penumpang yang akan berlepas, dengan tempat pengambilan terletak di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama.

Kenderaan dan pemandu perkhidmatan private transfer malaysia airlines bmw i7
Kredit : Paultan

Buat masa sekarang, perkhidmatan tersebut hanya tersedia untuk perjalanan dari Terminal M (bangunan utama KLIA1) ke bangunan satelit, bagaimanapun dalamm masa terdekat ini, syarikat penerbangan itu akan mengerahkan unit tambahan untuk melayani penumpang yang tiba, berikutan penyiapan ruang rehat ketibaan di Bangunan Satelit lapangan terbang.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram