transport pemuda ini kongsikan 10 tips memilih travel partner tips and tricks to choose right travel partner

Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Dikemas Kini: 13 Januari 2024
Surga Route

Melancong ke dalam atau luar negara tidak lengkap jika tidak membawa rakan. Pastinya akan sunyi dan tiada keriuhan jika hanya melancong secara solo.

Selain menambah kemeriahan, travel bersama rakan juga penting untuk bantu mengambil gambar kita, dan paling penting mengurangkan perbelanjaan. Sebagai contoh, jika kita travel berseorangan kita perlu menanggung segala kos pengangkutan, hotel dan sebagainya.

Sedangkan, jika kita mempunyai travel partner, kos pengangkutan seperti teksi dapat dibahagikan, kos penginapan di bilik juga boleh dikongsi.

Tapi, memilih rakan yang tepat untuk melancong amat penting untuk mengelakkan rancangan anda tergendala dan bermasam muka antara satu sama lain. Berikut adalah 10 tips memilih rakan untuk travel yang dikongsi oleh Oren Katique di Facebooknya.

1) Kenali ciri peribadi diri

10 Tips Dan Trik Agar Tidak Tersalah Pilih Rakan Travel

Pertama sekali, anda harus kenal pasti ciri peribadi anda di mana anda harus ketahui sikap anda sama ada jenis dominant atau passive. Jika anda jenis dominant, pastikan travel buddies anda jenis submissive. Jika tidak, pasti akan berlaku konflik ketika melancong kelak.

Apa yang di maksudkan dengan dominantDominant ini bermaksud anda jenis suka berkuasa atau mempunyai pengaruh kuat. Passive atau submissive ni bermaksud jenis yang senang ikut.

Begitu juga sebaliknya, tetapi jika kedua-duanya bersikap dominan, perbincangan secara teliti diperlukan untuk mengetahui siapa yang akan atur itinerari, tempat penginapan dan pengangkutan. Semuanya harus dirancang dengan teliti dan kefahaman antara satu sama lain diperlukan.

2) Ketahui keadaan kewangan anda dan rakan travel

Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Kenali kewangan anda dan travel buddies anda. Jika anda jenis bajet rendah untuk semua perkara, silalah travel dengan orang yang sama level bajet juga dengan anda, nanti dikhuatiri berlaku konflik semasa travel. Senang kata, carilah orang yang sekufu dengan anda. Orang cakap enggang sama enggang, pipit sama pipit. Melainkan anda dapat travel dengan helang yang mana tidak kisah berkenaan bajet, itu tidak menjadi masalah.

Solusinya bila travel antara si pipit dan enggang, sila mentioned awal-awal berapa bajet anda dan what to spend jadi enggang tidak letakkan high expectations daripada anda.

3) Kenal pasti ‘style’ rakan travel

Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Kenali style travelling anda seperti fully backpacker atau jenis bawa backpack tapi stay hotel ke, bawa beg trolley tapi stay hostel ke atau jenis luxury traveler. Bila sudah kenal diri, maka pilih lah travel buddies yang paling sesuai supaya tidak ada conflict masa pemilihan penginapan nanti supaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Saya pernah melancong bercampur antara luxury dan backpacker. Pernah ada kes, ada travel buddies yang mengambil keputusan duduk hostel, dan pada masa yang sama travel buddies lain menginap di hotel berbintang empat.

Ada sebahagian menaiki train first class, ada sebahagian pula menaiki train 3rd class. Sebenarnya, benda ini tidak jadi masalah sebenarnya asalkan semua pihak selesa dan ada sefahaman dan bukan kaki dengki dengan ahli yang lain.

4) Rancang itinerari

Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Setelah semua ciri diatas dikenal pasti, sekarang kita beralih ke bahagian penting dalam travel, iaitu itinerary. Pertama sekali, tanya travel buddies anda, apa dia expect atau apa outcome bila trip nanti? Ada orang suka cities, ada yang suka scenery, muzium, artsfood, culture dan macam-macam.

Dari sini anda boleh susun mana attractions yang patut skip, mana yang patut fokus supaya semua orang rasa adil dan saksama. Orang tua-tua cakap, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

5) Pembelian tiket penerbangan

Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Apabila itinerary sudah siap, sekarang masa untuk beli tiket flight pula. Ingat, tidak semua orang suka naik low cost airlines dan tidak semua orang suka membazir untuk tiket mahal. Bagi conflict seperti ini, cara penyelesaianya anda boleh berpisah menaiki flight pilihan dan berjumpa di airport atau di hotel.

“Ala tidak seronok travel asing-asing”. Eh, tidak ada masalah sebenarnya. Tujuan kita travel adalah destinasi yang nak dituju. Bukan naik flights sama – sama bertujuan untuk selfie dalam kapal terbang.

6) Isu makan

makanan Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Itinerary sudah, ticket flight pun sudah. Apa kata anda tanya travel buddy anda perihal makanan pula. Makanan biasanya masak ke, bawa instant food  atau makan sahaja kat mana-mana restoran, janji kedai itu halal. Ingat, tentang makanan pon boleh ada isu. Ada yang cakap ingin jimat masa, masak untuk breakfast dan dinner. Makan di luar untuk lunch sahaja.

Ada juga jenis ikat perut waktu lunch, dan tidak lupa juga yang memang jenis makan kat luar setiap waktu. Ada yang jenis nak save budget, ada juga yang memang tidak selera nak makan makanan asing.

Jadi, identify behavior permakanan travel buddy anda. Ingat, nak masak juga consume masadan tenaga. Jadi, perlu berhati-hati dan selidik dahulu travel buddies anda jenis macam mana. Benda simple sahaja dan boleh bawa bincang. Jadi, berbincang lah sesama anda.

7) Timing

timi Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Ini paling penting apabila melancong bersama travel buddy. Kenali pasangan anda. Ada yang jenis kaki make up sejam, ada yang jenis bangun lambat, ada yang jenis bila shopping lupa dunia, ada yang pantang jumpa benda pelik wajib singgah dan macam-macam lagi ragam manusia.

Jadi, deal lah dari awal. Pastikan anda peruntukan masa 30-40 minit untuk mengelakkan sakit hati bila travel buddy lambat nanti.

8) Waktu keluar berjalan

jenjalan Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Next part ialah waktu untuk keluar berjalan, bersiar-siar atau melawat attractions. Ada traveler suka keluar seawal pagi, ada yang suka keluar lambat, ada yang suka keluar awal dan balik awal, ada yang suka keluar lambat dan balik lambat dan ada juga yang keluar pagi-pagi lepas itu balik rehat, refresh dan keluar balik pada belah malamnya.

Benda nampak kecil, tapi kalau jenis travel dengan kaki bawang, benda macam ini pun boleh jadi masalah besar.

9) Ground transport

transport Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Apabila melancong, tolong kaji dahulu ground transport tempat yang anda ingin pergi. Accessible by public transport ke, senang dapat e-hailing car ke, senang dapat teksi ke atau boleh jalan kaki sahaja nak visit attractions.

Jadi, dari sini boleh berbincang method of transportation yang anda dan travel buddy prefer. Ada yang suka jalan kaki sahaja, ada yang suka naik pengangkutan awam, dan ada yang suka naik teksi. Senang katanya. Door to door. Apa-apa pun, tepuk poket, tanya bajet.

10) Karakter berjalan

last Pemuda Ini Kongsikan 10 Tips Memilih Travel Partner !

Akhir sekali, ada banyak lagi anda kene kaji seperti kaki OOTD, kaki shopping, kaki minum, kaki tidur dan macam-macam kaki lagi. Itu atas budi bicara anda. Jika anda selesa, walaupun travel dengan kaki dadah sekali pun, why not? Yang penting selesa dan sekepala. Betul tidak? Ibarat kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Kredit : Oren Katique

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram