penumpang malaysia airlines tidak perlu matikan telefon bimbit ketika perlepasan dan mendarat kapal terbang

Penumpang Malaysia Airlines dan Firefly Tak Perlu Lagi Matikan Telefon Bimbit

Dikemas Kini: 13 Januari 2024
Surga Route

Penumpang Malaysia Airlines dan Firefly Tak Perlu Matikan Telefon Pintar Dalam Pesawat Bermula 1 Julai. 

Malaysia Airlines Group (MAG), yang juga mengendalikan operasi Firefly, MASWings, dan Malaysia Airlines, mengumumkan bahawa bermula 1 julai, kesemua pesawat mereka akan menjadi penerbangan pertama membolehkan penumpang menggunakan peranti mudah alih (PED) semasa berlepas dan mendarat.

Namun begitu, penumpang masih perlu mematuhi garis panduan iaitu mengaktifkan mod pesawat semasa berlepas dan mendarat. Ini termasuk telefon pintar, tablet dan sebarang peranti mudahalih kecil yang perlu disimpan di dalam poket di belakang kerusi.

Penumpang MAS Dan Firefly Tak Perlu Matikan Telefon Pintar Dalam Pesawat Bermula 1 Julai
Sumber: Twitter

Dalam pada itu, penumpang boleh terus menonton kandungan yang dimuat turun bermula dari pesawat berlepas sehingga mendarat.

Wifi percuma diberikan mengikut tarikh yang ditetapkan

Selain itu, dari 1 Julai hingga 31 Disember 2023, Malaysia Airlines akan menawarkan WiFi percuma kepada ahli Business Suite, Business Class dan Enrich Platinum (tanpa mengira kelas).

Difahamkan Wi-Fi percuma ini akan diberikan kepada 20 pesawat yang mempunyai perkhidmatan Wi-Fi. Penumpang juga boleh membayar untuk akses Wi-Fi melalui MHConnect.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram